Orang kita mencuba Miliitary Diet dan ini Hasilnya!

Bila sebut je tentang “diet”, orang Malaysia sangat sentap sekali kerana ornag Malaysia sangat sukakan makanan apaatah lagi Malaysia sangat dikenali dengan makanan-makanan yang pelbagai dari pelbagai bangsa dimana ianya sangat kontra dengan ayat “diet” itu sendiri. Kita sedia tahu terdapat pelbagai cara untuk kita mengamalkan cara hidup sihat dan mengurangkan berat badan. Tetapi adakah anda pernah dgr tentang “Miliitary Diet”?

Pada sesiapa yang mengidam berat badan ideal tu, haa.. Milit4ry Diet ni boleh kurangkan berat badan sehingga 4 kg dalam masa 3 hari tauu! Bagus kan?

Untuk sesiapa yang tidak pernah mendengar tentang diet ini, Miilitary diet adalah 3-hari-diet dimana sesiapa yang melakukannya harus memakan makanan yang rendah kalori selama 3 hari. Sepanjang 3 hari itu, kalori yang diambil telah ditetapkan hanya 1400 kalori pada hari pertama, 1200 dihari kedua dan 1100 di hari terakhir. Bukan itu sahaja; oleh kerana diet ini memerluukan protein yang tinggi dan rendah kalori,karbohidrat dan lemak, diet ini mempunyai kombinasi makanan spesifik untuk merangsang metabolisma dalam badan dan membakar lemak yang sedia ada.

Dalam pada itu,6 orang dari Malaysia telah mencuba Milit4ry diet ini. Pada mulanya, mereka menceritakan tentang pemakanan mereka dan seperti orang Malaysia lain, salah seorang dr mereka mengatakan dia menikmti makanan 6 kali sehari. Ada juga yang mengatakan makanan adalah salah satu cara dia mengawal stress. Setelah itu,mereka dikenalkan dengan Milit4ry Diet dan makanan-makanan yang mereka boleh makan selama 3 hari.

Pada pengakhiran video tersebut, keenam-enam mereka berjaya mengharungi 3 hari miliitary Diet tersebut dan ternyata diet ini sangat berkesan. Mereka kesemuanya berjaya menurunkan berat badan sehingga lebih 4kg dalam masa 3 hari! Hebat bukan?

Untuk pengetahuan semua, diet ini sememangnya 3 hari diet tetapi jika sesiapa yang mempunyai sasaran berat badan ideal, disarankan untuk melakukan diet ini selama 3 hari dan makan makanan seimbang selama 4 hari selepas itu lakukan semula Miliitary diet untuk 3 hari lagi sehingga anda mendapatkan berat badan yang diidamkan.

Apalagi rakyat Malaysia? jom sahut cabaran 3-hari Miliitary Diet ini!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*