“Orang cantik, pakai apa pun cantik”- Netizen

Tidak dinafikan, Wanita kelahiran Sabah kebanyakkannya ramai yang cantik dan putih mulus kulit mereka. Antara selebriti wanita kelahiran Sabah iaitu penyanyi Adira yang sentiasa tampil berseri sepanjang masa. Meskipun Adira sudah bergelar ibu, ia bukanlah sama sekali penghalang buat dirinya untuk kelihatan cantik seperti orang muda.

Jika lihat pada wajah Adira, beliau memiliki kulit yang putih dan bersih sejak dahulu lagi. Dengan kecantikannya yang semula jadi, ramai netizen pun turut sama ingin mempunyai kult yang putih bersih seperti Adira.

Setiap kali posting video atau foto yang dikongsi Adira pasti memukau warga netizen di laman sosial media.

Adira juga sering menerima komen pujian daripada netizen dan ada juga sebahagian netizen meminta tips kecantikan daripada penyanyi popular ini.

Malah baru-baru ini, Adira memuatnaik video yang simple di Instagram. Dengan hanya berpakaian yang cukup ringkas, membuatkan netizen teruja melihat kecantikan Adira.

Ada saja komen-komen netizen yang mengusik Adira. Video yang dikongsi Adira itu telah menerima 82,000 tontonan sejak dimuatnaik Selasa lalu.

Dalam pada itu, Adira kelihatan aktif dengan video tiktok bersama anak perempuannya. Tengok dua beranak ni, memang happening satu rumah tau.

Gelagat dua beranak ini juga membuatkan ramai netizen suka melihat keakraban hubungan Adira bersama anak-anaknya.

Sumber: Instagram adirasuhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!