“Omg lesung pipit”, Tahniah Zahirah MacWilson selamat bersalin bayi lelaki

Pasngan pelakon yang sama cantik dan sama padan iaitu pasngan Zahirah Mac Wilson dan Aiman Hakim Ridza telahpun berkongsi gambar anak sulung mereka di instagram masing-masing beberapa minit yang lalu. Mereka berdua telah mendirikan rumahtangga pada 20 Feb 2020 setelah beberapa tahun berkenalan. Pasngan ini walaubagaimanapun masih belum berkongsikan nama anak mereka berdua kepada para peminat.

Untuk rekod sekitar bulan September tahun lalu, pasngan ini berkongsi kepada umum berita mengenai kehamilan Zahirah yang telahpun mencecah 6 bulan setelah 7 bulan mendirikan rumahtangga.

Pasngan ini telah bekerjasama dalam beberapa buah drama sebelum memberikan bayangan mengenai percintaan mereka pada Dec 2018.

Sebelum ini, tindakan pasngan tersebut untuk terbang ke Australia bagi melalui proses kelahiran di sana telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan para peminat.

Bagaimanapun mereka berdua menjelaskan situasi tersebut bahawa keputusan itu dibuat kerana keluarga Zahirah sememangnya menetap di Perth Australia dan Zahirah pastinya mahu melalui proses berpantang dan menimba ilmu dalam membesarkan anak sulung bersama ibunda tersayang.

Memuatnaik sekeping gambar anaknya berlesung pipit, Zahirah menyatakan kesyukuran beliau kerana dikurniakan pemberian yang paling istimewa pada tahun ini. Menrut Zahirah, bayi lelaki tersebut telah dilahirkan pada 5 Januari yang lalu pada jam 2.26 petang.

Zahirah juga teruja melalui pengalaman pertama di bilik bersalin dan juga turut menyatakan keterujaan beliau untuk menjalani kehidupan sebagai ibu dan bapa bersama Aiman. Ujar beliau lagi perjalanan kehamilan dan kelahiran tersebut menjadi detik paling indah buat beliau dan suaminya.

Zahirah bagaimanapun hanya mendedahkan sebahagian sahaja wajah anak sulungnya itu buat tatapan para peminat yang ternantikan untuk melihat buah hati sulung pasaangan ini.

Posting berkenaan dihujani ucapan tahniah oleh para peminat dan para pengikut beliau di Instagram. Wajah comel anak beliau mencuri tumpuan kerana mempunyai lesung pipit di pipi.

Para peminat turut memuji kecomelan wajah bayi tersebut dan tidak sabar untuk pasaangan ini mendedahkan keseluruhan wajah anak mereka kepada para peminat. Berikut dikongsikan komen para peminat.

“Alhamdulillah, congratulations Zahirah & Aiman. We hope both mummy & baby are healthy and happy” – Netizen

“Congrat babe. omg lesung pipit” – Netizen

“Congratulations Ira & Aiman. love both of u & the baby. so cute lesung pipit” – Netizen

“Awww such a cutie. Congratulations” – Netizen

Selamat berpantang diucapkan kepada Zahirah dan buat mereka berdua pula selamat melalui perjalanan baru sebagai ibu dan bapa. Mesti ramai yang tak sabar nak tengok wajah bayi mereka. Pastinya comel mengikut raut wajah ibu dan ayahnya.

Sumber: ig rzahirahmacwilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*