“Omg lama tak nampak bergabung dah Jozan” – Netizen

Filem yang bakal membuat ramai tidak keruan adalah filem yang dinanti-nantikan oleh para peminat. Bakat membuat filem dan arahannya amat berkesan dan memberi kesan kepada para penonton. Ramai yang meminati filem-filem yang dihasilkan oleh Syafiq Yusof. Antara para pelakon sebelum ini, kemunculan Johan membuatkan lebih menarik.

Apatah lagi gabungan Johan dengan Zizan, membuatkan peminat rindu akan keriuhan mereka bergabung. Sudah tahu apa terjadi jika mereka bergabung, bersatu didalam kerjasama mereka.

Setiap lakonan mereka sebelum ini pun telah berjaya mendapat perhatian daripada peminat-peminat mereka, malah sehinggakan ada peminat mewujudkan fans club Jozan. Memang mereka berdua gandingan yang baik.

Tidak disangka filem Abang Long Fadil 3 diterbitkan dan bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Dijangka pada bulan September akan ditayangkan.

Sebelum ini Johan dan Zizan atau Jozan memang telah diketahui keakraban dan lawak mereka apabila bergabung memang tidak kering gusi. Apatah lagi sekarang apabila peminat tahu mereka digabungkan didalam filem ALF3.

Gabungan mereka pasti akan membuatkan filem tersebut lebih lucu, malah pasti akan membuatkan filem tersebut menjadi buah mulut orang ramai.

Apatah lagi peminat-peminat mereka yang sentiasa menantikan mereka bekerjasama. Pastinya terbahak-bahak tergelak kerana melihat teaser sahaja sudah tahu lucunya jalan penceritaan tersebut.

Pelbagai kata-kata netizen meluah rasa, inilah komen-komen netizen. Banyak memberi komen memberi semangat dan bersemangat menanti filem tersebut. Lihat komen mereka.

Ada yang mengatakan bahawa tidak sabar menantinya, ada pula kata tidak disangka bahawa ada kesinambungan Abang Long Fadil 3.

Sumber: ig zizanrazak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!