“Ok tau dah pak dia dulu tido mcmana” – Norman Hakim

Bagi kanak-kanak yang masih berumur 12 tahun ke bawah, jarang rasanya kita ternampak mereka tidur sewaktu siang. Selalunya nak cari kelibat diorang pun susah. Apa taknya, bermain ke hulu ke hilir kampung, bila dah senja baru terfikir nak balik. Itupun jika mak-mak sudah mulai menyinga memanggil anak masing-masing sambil bercekak pinggang. Barulah nak lari lintang pukang ibarat dikejar hntu kan dik. Tapi kelebihannya kanak-kanak ni, bila dah penat mereka boleh je tidur kat mana-mana pada bila-bila masa. Tak kira waktu makan ke, waktu menonton televisyen ke atau waktu membuat kerja sekolah. Dah penat kan bermain sehari suntuk.

“Kalau mengantuk, pergi tidur kat dalam bilik tu. Bukannya di sini”. Ayat ini rasa-rasanya min pasti semua para pembaca pernah mendengarnya. Ye lah, kan mak kita selalu menegur kita tidur di merata tempat semasa kita masih kanak-kanak.Tak senonoh betul perangai anak mak cik Leha ni kahkahkah.

Kalau dah ibubapa tu, tak sah rasanya jika tak melihat anak tertidur merata tempat di rumah. Begitu juga kejadian lucu yang turut berlaku pada Shuib, 37 tahun yang merupakan suami kepada allahyarham Siti Sarah.

Hasil perkongsian hidup bersama dengan Siti Sarah selama 10 tahun (2011-2021), mereka telah dikurniai dengan empat orang cahaya mata yang comel-comel belaka.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai rakaman video anak Shuib yang ketiga iaitu Ariq Matin yang baru mencecah umur 6 tahun pada tahun ini. Video lucu dan lawak Matin ni yang dimuat turun menerusi akaun Instagram Shuib telah mendapat sebanyak 447,168 tontonan dan 1,177 komen dalam masa 14 jam sahaja.

Wah, nampaknya ramai yang tergelak sakan melihat video pendek yang berdurasi kurang daripada satu minit ni ya. Dalam video tersebut, kelihatan Matin yang tertidur sambil tangan menongkat pipi. Yang membuat Shuib merasa lawak ni ialah apabila dia ternampak sehelai pelikat yang menutupi bahagian pinggul Matin ni.

Mungkin dah serupa bapa-bapa gaya Matin ni pada pandangan Shuib. Dah lah mulut terlopong, badan pun mengiring sebelah seperti sedang menonton siaran televisyen, siapalah yang tidak merasa lucu melihat gaya tidur sebegini kan.

Walaupun berkali-kali Shuib memanggil nama Matin, namun tiada reaksi daripada Matin malahan semakin nyenyak diulit mimpi. Penat sangatlah tu. Nasib baik Matin tak berdengkur ye.

Namun yang berjaya mencuri perhatian min adalah apabila beberapa selebriti terkenal seperti Norman Hakim dan Elly Mazlein turut ikut serta dalam memberi komen yang cukup menghiburkan para netizen.

Dengan komen yang mendapat sebanyak 77 likes ini, Norman mengatakan bahawa Matin ni tidur ikut gaya bapanya pada suatu ketika dahulu. Betul ke tu Shuib? Kahkahkah. Hebat sungguh Norman dalam bab-bab berseloroh dan memberi komen lucu ni kan.

Nampak gayanya, Matin ni bakal mewarisi kelucuan bapanya. Sekurang-kurangnya telatah Shuib yang membuatkan para peminat tak kering gusi ini dapat diwarisi oleh Matin.

Rata-rata warganet mengatakan bahawa Matin ni tidur ternganga pun tetap comel dan tampan. Tapi, memang benar pun kenyataan tersebut. Matin ni walaupun tidur dengan mulut ternganga, tetap juga kelihatan comel.

Berjaga-jaga sahajalah mana tahu ada lalat atau nyamuk yang tersilap masuk ke dalam mulut Matin ye. Ada juga yang mengatakan bahawa Matin ni tertidur disebabkan keletihan menjaga adik bongsunya.

Mesti adik Matin ni tertidur sebab keletihan menjaga adiknya yang masih baby kan. Ayash Affan ni merupakan anak keempat Shuib dan allahyarham Siti Sarah yang dilahirkan beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan cvd pada bulan Ogos yang lepas.

Sedih rasanya apabila mendengar berita tergmpar ni. Al-fatihah buat arwh Siti Sarah. Harap Shuib sentiasa kuat dalam membesarkan anak-anak.

Shuib atau nama sebenar Shahmira bin Muhamad ini bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya melalui bidang seni hiburan, tetapi juga semakin menempah nama dalam bisnesnya yang berasaskan produk minuman iaitu Bubblebee.

Diharapkan Shuib sentiasa berjaya dan success dalam apa juga bidang yang diceburi, sama ada dalam bidang hiburan atau bisnes. Harap-harap kehadiran anak-anak di sisi memberi keberkatan dan kekuatan bagi Shuib.

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!