“Nyanyi ikan kaloi Khai, nanti semua mai”- Netizen

Destinasi pelancongan kini lebih menjadi tumpuan selepas sekian lama kita ‘berkurung’ di rumah gara-gara perintah kawalan pergerakan (PKP). Melihat media sosial sekarang, ramai orang sudah mula berkongsi video dan gambar percutian masing-masing. Ada yang bercuti di dalam Malaysia dan ada juga yang bercuti di luar negara untuk meluangkan masa bersama tersayang.

Nikmatnya bila dapat bercuti, hilaang segala stres dari tempat kerja dan boleh luangkan masa bersama keluarga. Maka sebab itulah pentingnya untuk mengambil cuti.

Turut sama, penyanyi Khai Bahar pun mengambil peluang pergi bercuti sambil merehatkan minda. Memandangkan Khai sering sibuk dengan rutin kerja, beliau mengambil cuti dan bercuti di Pulau Pangkor.

Menjengah instagram Khai, beliau masih bercuti di Pulau Pangkor bersama keluarga dan menghabiskan masa hujung minggu dengan bercuti santai.

Malah Khai ada juga berkongsi video beliau memberi ikan makan sambil menyanyi. Wah bestnya bila Khai belanja nyanyi satu lagu hehe..

Bukan selalu ya dapat dengar Khai nyanyi secara live, maintain je vokal Khai walaupun tengah bagi ikan makan.

Video Khai telah menerima 100,000 tontonan dan pelbagai respon daripada netizen menerusi ruangan komen. Rata rata peminat Khai sempat memuji nyanyian merdu Khai walaupun sedang berada di atas bot.

Netizen pun sempat mengusik Khai dan meminta untuk Khai nyanyikan lagi lagu-lagu buat ikan di laut. Amboi netizen ni..

“Nyanyi pun sedap dia, untunglah ikan dpt makanan dari org tampan, wow bestnyaaa, have fun in pangkor”-Netizen

Bestnya Khai bercuti dekat pulau pangkor. Sekali sekala release stress apa salahnya kan.. Selamat bercuti Khai.

Sumber: instagram khaibahar94

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!