“Nnt besar jgn pakai sksi tau, pakai mcm mummy Ecah pun dh okay”- Netizen

Sejak dari dulu lagi, gelagat anak dara kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan iaitu Aisyah Dhia Rana yang gemar melaram sering kali mendapat perhatian para netizen terutamanya para peminat ibunya. Ibarat kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, pepatah berkenaan begitu tepat menggambarkan gaya melaram kedua -dua anak beranak berkenaan.

Rozita Che Wan atau panggilan mesra beliau dalam kalangan peminat iaitu Che Ta serta anaknya itu Aisyah yang mesra di panggil Ecah sering tampil bergaya apabila berkongsi foto terbaru di media sosial.

Keletah anak dara pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana juga sering menjadi tumpuan ramai-ramai lebih-lebih lagi apabila si kecil saling tidak tumpah seperti ibunya yang gemar bergaya dan sudah mula bergaya daripada kecil lagi.

Kini Aaisyah sudah memasuki usia lapan tahun dan semestinya si kecil itu sedang meniti alam kanak- kanak pula setelah mula bersekolah rendah. Bermacam-macam aksi comel Aasiyah yang dapat kita lihat daripada dulu hingga kini.

Mewarisi kejelitaan ibundanya, kecomelan wajah Aaisyah sentiasa menjadi bualan ramai. Aaisyah juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan aktiviti sehariannya sering menjadi tumpuan dan meraih perhatian para pengikut beliau di Instagram.

Aisyah yang meraih populariti seperti ibunya turut ketinggalan mempunyai akaun Instagram beliau sendiri. Walaupun masih kanak- kanak namun para pengikut akaun Instagram Aisyah sudahpun mencecah sebanyak 1.5 juta di Instagram.

Muatnaik video terkini di Instagram, video berkenaan memaparkan Aisyah sedang bergaya sambil merakamkan wajahnya menerusi telefon bimbit. Gaya dan lagak kanak- kanak berkenaan tidak ubah seperti seorang remaja perempuan.

Aisyah yang baru berusia 8 tahun itu, turut memakai solekan di wajahnya dan melaram dengan fesyen terkini remaja zaman sekarang seperti fesyen remaja korea.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen memuji wajah kanak- kanak berkenaan yang sangat comel malahan marasakan bahawa kanak- kanak tersebut bakal mengalahkan kejelitaan ibunya Che Ta tidak lama lagi.

Namun begitu, netizen juga perihatin terhadap pakaian kanak- kanak berkenaan dan turut memberikan teguran supaya pakaian kanak- kanak tersebut di perelokkan supaya kurang menjolok mata dan mengambil contoh gaya ibunya sendiri. Berikut di kongsikan komen -komen netizen.

Sebelum ini Che Ta sendiri telah memberikan penjelasan secara panjang lebar, anaknya itu masih lagi menjalani rutin harian sepertimana kanak- kanak lain yang sebaya dengannya.

Aaisyah hanya bersolek sedemikian untuk menjalani penggambaran sahaja kerana perlu mengikuti tema yang telah di tetapkan. Namun begitu, Aaisyah tetap menitik beratkan penampilannya sendiri.

Sumber: Instagram aisyah dhia rana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!