“Nmpk sgt Mirul ni at this point dah concept redha je yg dia perlu slalu ada dlm video Ain” – Netizen

Pengacara dan pelakon Ain Edruce begitu terkenal dengan sikap giila-giila dan masuk airnya. Umum memang mengetahui karakter Ain yang sentiasa happy go lucky dan sering terhibur dengan gelagatnya. Mempunyai saluran Youtubenya sendiri sejak berkahwin Ain sering memuatnaik aktiviti yang dilakukan bersama suami Amirul Hafiz. Sebagai seorang ahli perniagaan, Amirul mungkin tidak begitu terdedah dengan dunia hiburan.

Ain telah bernikah dengan Amirul pada 13 Disember 2019 dan kini menanti kehadiran anak sulung apabila mengumumkan dirinya hamil November lalu. Ain berkongsi berita kehamilannya dalam video yang dimuat naiknya di saluran YouTube miliknya.

Kerap kali berkongsi video di media sosial bersama suami para peminat terhibur dengan reaksi yang diberikan Amirul yang sentiasa kelihatan pemalu dan blur ketika melayan perangai Ain.

Kehidupan rumah tangga golongan selebriti sentiasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi, apabila aktiviti bersama suami atau isteri turut dikongsikan di media sosial. Ain mengakui dalam kehidupan suami dan isteri memang perluukan tolak ansur.

Hubungan pasngan suami isteri ini bagai saling melengkapi apabila Ain dengan karakter beliau yang masuk air manakala Amirul pula agak pendiam. Ain bersyukur kerana Amirul sangat memahami dan menyokong dirinya dalam kerjaya.

Memuatnaik sebuah video baru yang memaparkan aktiviti terkini mereka di saluran Youtube atas permintaan para peminat.

Ain mengajak suaminya untuk bermain teka teki dimana mereka berdua perlu meneka status beberapa gambar pasngan yang ditemui di sebuah laman Instagram.

Beliau dan Amirul mula membuat tekaan dan ada beberapa status pasngan yang mereka dapat teka dengan betul. Gelagat pasngan suami isteri ini semasa saling berbincang mencuit hati para penonton.

Warganet juga melihat perubahan yang ketara pada Amirul apabila menjadi lebih santai dan kelakar semasa melayani kerenah isterinya.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasngan ini. Amirul pun sudah terpengruh agaknya dengan perangai masuk air Ain. Penonton saluran youtube Ain menyukai kemunculan Amirul di dalam setiap video youtube yang dimuatnaik oleh Ain.

Sebagai seorang suami Amirul hanya mengikuti sahaja permintaan isterinya untuk membuat video bersama dan redha untuk muncul bersama Ain di saluran youtube itu.

“Mirul terus semangat ehh bila kak Ain nak share duit youtube” – Netizen

“The cutest and funniest couple ever I seen….macam mana lah muka anak kak ain ngan abng amirul mesti cute Dan suka buat lawak ..” – Netizen

“Yang ni bestt, Sebab Mirul bagi kerjasama HAHAHA.. tapi serius best. More content dengan Mirul pls. Kak Ain cantiklaa natural beauty.. Kalau boleh share skincare routine hehehe.” – Netizen

“Amirul ni setiap kali muka dia muncul je muka diam macam baru kena cuulik ngan ain lepastu kena ugut buat video. macam orang under pr3ssure 24/7”

“Ingatkan mirul ni senyap je rupanya kuat merepek gak dia ni ” – Netizen

“Hidup Amirul, Semua episod tolong adakan Mirul dan up kan payment dia” – Netizen

Diawal video Ain ada memaklumkan beliau berniat untuk berkongsi sebahagian pendapatan youtube beliau bersama Amirul kerana mengakui Amirul membuatkan saluran youtube beliau mendapat lebih banyak pengikut dan penonton.

Jika isteri dah pelawa mungkin lepas ni makin rajin la Amirul muncul bersama Ain dalam video youtube kan.

Sumber: youtube ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*