Niat tak menghalalkan cara, netizen pertikai Nubhan solat dalam fitting room

Pengumuman kerajaan tempoh hari mengenai perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negeri memaksa rakyat akur dengan keadaan semasa situasi C0vid19 di negara kita yang kian hari semakin meningkat dengan mendadak. Sejak beberapa bulan yang lalu, kess c0vid telah meningkat membuatkan kerajaan terpaksa melaksanakan PKP, PKPB dan PKPP di beberapa buah negeri mengikut keperluan semasa.

Situasi tersebut menyebabkan kebanyakkan pasaraya tidak beroperasi dengan fasiliti penuh. Fasiliti di dalam beberapa pasaraya seperti surau telahpun ditutup.

Buat penyanyi Nubhan, beliau telahpun berkongsi sebuah video terkini di Instagram menunjukkan kreativiti beliau untuk mengerjakan solat dengan menggunapakai ruangan fitting room.

Sudah lama tidak mendengar mengenai Nubhan. Bekas pelajar AF6 kini semakin aktif di instagram dan turut muncul dengan lagu terbaru berduet bersama Siti Nordiana berjudul Sekali Lagi.

Nubhan atau nama sebenar beliau Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad juga kini sedang giat menjalankan perniagaan kosmetik bersama isterinya iaitu Serum Lantara Beauty.

Video berdurasi 1 minit 44 saat itu telah menunjukkan Nubhan sedang mencari surau untuk mengerjakan solat. Menurut beliau, kebanyakkan surau di dalam pasar raya kini sudah ditutup dan tidak mahu membuang masa mencari lokasi surau maka beliau menggunakan cara mudah dengan mencari kedai pakaian untuk mengguna pakai ruangan fitting room kedai pakaian tersebut bagi mengerjakan solat.

Disebabkan kekangan untuk mengerjakan solat di surau, beliau terpaksa menggunakan alternatif untuk solat di dalam fitting room.

Video tersebut telah dapat 56,478 tontonan dan warga maya berkata mereka berterima kasih terhadap Nubhan kerana berkongsi cara yang paling mudah untuk mengerjakan solat dan tidak menjadikan ketiadaan surau sebagai alasan untuk mnggalkan solat.

Bagaimanapun ada juga reaksi netizen yang bercampur baur. Ada yang menyokong tindakan Nubhan namun ada juga yang mempertikaikan tindakan Nubhan untuk mengerjakan solat di dalam fitting room kerana tidak meminta izin pemilik kedai terlebih dahulu.

Menurut beberapa komen yang ditinggalkan oleh warganet, fitting room tersebut dibayar sewa oleh pemilik kedai oleh itu lebih elok sekiranya Nubhan meminta izin terlebih dahulu kepada pemilik kedai. Berikut beberapa komen yang telah ditinggalkan oleh netizen diruangan komen.

“betul tu, kakak setuju fitting room tu tuan punya kedai bayar sewa tapak termasuk tuk fitting room. Lain lah ada toko2 kecik mmg dia kasi green light tuk sesama musliim tumpang solat di ruang kedai mereka walaupun bukan customer.

Kita nak solat kita pun perlu jaga adab dan di mana kita solat. Jgn sampai amalan kita tak di terima atau kurang pahala sebab kita “menipu” tidak mencuba baju tapi solat di fitting room. Apa2 pun mintak kebenaran dulu lebih baik.” – Netizen

“Pandai2 la buat macam nak test pakaian..x payah la minta izin kat dorang nak buat fitting room untuk tumpang solat..lagipun biasanya fititing room dalam mall ada banyak bilik kan..x mengganggu rasanya” – Netizen

“benda baik..amik contoh..cuba fikir balik ape yg saudara buat ni..tak mendatangkan faedah pun..urusan die biar dia …kita ambil iktibar” – Netizen

Perkongsian Nubhan itu sebenarnya merupakan sesuatu yang baik kerana memberikan idea untuk orang ramai memudahkan cara untuk bersolat namun sekiranya semua orang menggunakan cara yang sama nanti penuh pula fitting room orang gunakan untuk solat.

Nak solat tak salah rasanya namun perlu juga tengok situasi dan keadaan. Jika dalam situasi yang memudaratkan barulah boleh gunakan fitting room sebagai alternatif terakhir.

Sumber: ig nubhan.ahamad, ig mstaronlineofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*