“Ni pakai kabel ke” – Cik B jadi pramugari undang ketawa netizen

Kemunculan Cik B sebagai salah seorang peserta dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar menampilkan sisi baru dalam diri penyanyi dan pelakon ini. Cik B mula dikenali kerana namanya sering menjadi sebutan oleh ibunya yang merupakan usahawan kosmetik terkenal Dato Vida. Cik B yang mengikut jejak langkah ibunya menjadi usahawan mempunyai produk beliau sendiri iaitu Cik B Salmon Skin Salted Egg sebelum bergiat aktif menceburi bidang hiburan menerusi penampilan sulung dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta bersama Naim Daniel dan Shasha Abedul.

Cik B turut merakamkan lagu pertama beliau berjudul Tolonglah Aku dimana lirik lagu tersebut ditulis sendiri oleh Dato Vida yang menceritakan mengenai kisah kehidupan peribadi Cik B sendiri.

Sebagai peserta dalam program Muzikal Lawak Superstar, penampilan Cik B mencipta kelainan apabila kumpulan yang dianggotai beliau iaitu kumpulan ABC mendapat 5 bintang oleh juri Fazura pada minggu pertama persembahan kumpulan itu.

Menjadi antara kumpulan pilihan dalam pertandingan itu, persembahan kumpulan ini sentiasa dinantikan oleh para peminat yang menggemari gelagat lucu yang di persembahkan oleh mereka bertiga terutamanya Cik B.

Menerusi Instagram astrogempak beberapa buah video sedutan persembahan kumpulan ini telah dikongsikan buat tatapan para peminat.

Persembahan minggu keempat malam tadi menyaksikan kumpulan ABC menjadi kumpulan terbaik mingguan dan menerima kelebihan untuk persembahan mereka diminggu hadapan.

Persembahan yang bertemakan tempat kerja itu menonjolkan Cik B yang membawa watak sebagai seorang pramugari dan perlu melayani kehendak penumpang iaitu watak yg dibawakan oleh Ciwan.

Ciwan yang mengusik Cik B berkata adakah Cik B menjadi pramugari kerana mempunyai “kabel” iaitu orang dalam kerana personaliti dan kelayakan yang diperluukan untuk menjadi seorang pramugari tidak dipenuhi oleh Cik B. Jawapan Cik B kepada soalan Ciwan itu mengundang gelak tawa para penonton.

Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen menyukai personaliti Cik B. Kehadiran Cik B dalam pertandingan itu sememangnya membawakan pembaharuan dan kelainan kerana Aksi Cik B yang spontan dan tidak dibuat-buat itulah yang menjadi daya menarik kepada persembahan kumpulan ini.

Para penonton sentiasa ternanti-nantikan persembahan dari kumpulan ini. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh warganet mengenai persembahan kumpulan ini.

Saban minggu persembahan kumpulan ABC semakin mendapat reaksi positif dari para juri dan penonton. Mudah-mudahan kumpulan ini mampu menyajikan lagi persembahan lawak yang lebih kelakar dan menarik di minggu-minggu yang seterusnya. Selamat maju jaya diucapkan buat kumpulan ini.

Sumber: ig astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*