“Ni la org kata masaalah di rumah jgn dibawa ke tempat kerja” – Netizen

Biasanya perbincangan permasalahan laki bini atau perihal rumah tangga perlu diselesaikan di rumah saja, tanpa dibawa ke tempat kerja. Kalau dicampuradukkan tentulah jadi ‘huru-hara’ dibuatnya, macam perkongsian video membabitkan tiga personaliti ini. Kecoh jadinya bila isteri kepada pelakon dan juga penyampai radio, Azad Jazmin iaitu Eira Shazira ‘membasuh’ suaminya hingga ke udara dari konti radio.

Difahamkan ia berpunca apabila sebelum itu, Azad ditanya soalan tentang tindakannya jika berdepan situasi tertentu yang boleh jadi mengundang cemburu orang rumahnya, Eira.

Begitupun, pastinya tak berpuas hati dengan jawapan Azad, Eira ketika berpeluang ke udara radio, membawakan persoalan lebih kurang sama dan menguji jawapan Azad pula.

Gamat seketika suasana di konti dibuatnya bila segmen Pak Azad bergabung pula dengan juruhebah, Elly Mazlein dan Radin Era. Itulah… bila laki jadi juruhebah, laki bini pun jadi ‘konten’.

Terdahulu Azad yang mengaku dirinya berpeluh apabila menyedari ‘pemanggil’ yang menghubungi konti adalah isterinya sendiri, seakan menyedari jawapannya sebelum itu boleh ‘mengundang’.

 

Terus Azad bertanya, penerbit mana yang telah menghubungi isterinya itu. Tahulah… bila Elly atau Kak Lina Pompom yang dah jadi ‘orang tengah’, bertambah meriahlah konti jadinya.

Menariknya, walaupun dikatakan pokok tajuk dibincangkan ‘hal laki bini’, tak kurang netizen di ruangan komen yang mengakui terhibur dengan keletah mereka bertiga sebagai penyampai radio.

“Ni la org kata…masalah di rumah jangan dibawa ke tempat kerja”, “Mmg best la dorg..aduhai bestt ..sporting n make era more healthy n fresh”, “Mmg sesuai 3 ni..x boring langsung”, “Tudehhhh kan dh kene… keras perut gelak aiiii”.

Itu antara komen netizen. Terdahulu Elly yang biasa mengacara, pelakon dan penyanyi, memulakan tanggungjawabnya sebagai penyampai radio ERA secara rasmi pada pertengahan Oktober lalu.

Sementara itu Azad sudah bertugas sebagai penyampai radio sejak lebih dua tahun lalu. Medsos ERA sendiri acap kali berkongsi gelagat-gelagat pengacaranya ketika mereka di konti yang menghiburkan netizen.

Sumber : IG Radio ERA

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!