“Ni ceo apa, guno kain pelekat jgk, steady chey”- Netizen

Memberi sumbangan atau menderma adalah satu amalan yang sangat digalakkan. Tak payah tunggu kaya, cukuplah ada model untuk disumbang. Kalau beri hadiah pun sudah memadai. Itu adalah simbolik untuk memberi penghargaan atau memberi bantuan kepapada mereka yang memerluk4n. Inikan pula jika mempunyai banyak harta dan model. Eloklah sedikit sebanyak menyumbang, sekurang-kurangnya dapat membuat penerima gembira.

Begitulah apa yang dilakukan oleh seorang pelawak tanah air. Sememangnya  nama Achey sudah dikenali ramai. Bukan saja pandai buat lawak, malah beliau mempunyai sifat yang mulia dan sangat prihatin kepada orang ramai. Beliau yang juga merupakan rakan perniagaan kepada Shuib Sepahtu dalam membangunkan bisnes Bubblebee, tidak pernah lupa untuk bersedekah dan beri sumbangan walaupun sibuk bekerja.

Achey baru-baru ini ada memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar tahfiz. Sebak dan terharu melihat video yang dimuat naik olehnya. Beliau juga mengatakan bahawa beliau dan rakan bisnes yang lain akan cuba untuk memberikan sumbangan secara bulanan.

Apa yang menarik hati netizen apabila walaupun Achey seorang yang berharta, tapi masih steady pakai kain pelekat dalam video tersebut ketika ingin memberi sumbangan.Tak perlu formal takpa, asalkan sumbangan tetap diberikan. Bak kata netizen ‘Ni ceo apa? Guna kain pelekaat juga’. Wow, Achey ni memang sentiasa steady ya di mana pun beliau berada.

Achey juga mempunyai perniagaan nya sendiri iaitu “Lemang Ustaz” dan sudah memiliki beberapa cawangan sejak penglibatannya dalam bisnes lemang tersebut. Makin banyak bisnes yang diceburi oleh. Nak makan lemang, bolehla try Lemang Ustaz by Achey.

Perniagaan Bubblebee yang dimiliki oleh Shuib Sepahtu yang juga merupakan rakan artis komedi sudah dikenali ramai. Kini Bubbleblee sudah memiliki banyak cawangan di seluruh negara. Rasanya yang sangat nikmat dan sedap membuatkan orang ramai suka.

Kini, perniagaan Bubblebee juga dibantu oleh rakan artis yang lain seperti Naim Daniel dan sebagainya. Bagus lah diorang ni, saling bantu-membantu perniagaan rakan industri. Semoga semua diberi rezeki dan maju dalam perniagaan ni.

Apa yang lebih mengangumkan, walaupun artis-artis ini mempunyai bisnes mereka yang begitu maju, tetapi mereka tetap merendah diri dan tidak pernah lupa untuk berkongsi rezeki bersama orang ramai. Itulah usahawan berjaya yang sebenar.

Semoga perniagaan Achey dan yang lain sentiasa maju dan dimurahkan rezeki. Sememangnya berkongsi rezeki itu adalah baik dan mampu membuat orang sekeliling gembira.

Sumber : Ig Acheykintangkintung

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!