“Ngekek2 gelak, haha lawak giler Cik B. Betul apa juri ckp Cik B yg byk kena perah”

Kemunculan Cik B sebagai pelawak bersama kumpulan ABC di dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar meraih sambutan hangat daripada para penonton. Pemilik nama penuh Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin ini sememangnya seorang yang mempunyai gaya dan personaliti beliau yang tersendiri tanpa meniru orang lain. Nama beliau kini semakin dikenali dalam industri hiburan.

Cik B juga dilihat semakin ligat dalam dunia hiburan kerana dalam masa yang sama telah mengeluarkan lagu single pertama beliau berjudul “Tolonglah”.

Lagu tersebut ditulis sendiri oleh Dato Vida dimana liriknya berkisarkan mengenai kisah kehidupan Cik B sendiri.

Beraksi di minggu kedua di muzikal lawak superstar menyaksikan Cik B membawakan watak sebagai ibunya sendiri iaitu Dato Seri Vida.

Gelagat beliau yang mencuit hati mengundang gelak tawa para penonton dan meraih pujian ramai. Kumpulan yang di anggotai oleh Cik B juga telah mendapat 5 bintang selama 2 minggu berturut-turut.

Walaubagaimanapun juri yang memberikan komen buat kumpulan ini iaitu Zul Arifin menegur tindakan kumpulan ini kerana terlalu bergantung kepada Cik B dalam menyampaikan lawak.

Keadaan tersebut dibimbangi akan menyebabkan persembahan kumpulan tersebut akan mendatar dan kurang kelakar lagi pada masa akan datang.

Melihat kepada komen warganet yang ditinggalkan diruangan komen, rata-ratanya bersetuju dgn kata-kata Zul Arifin.

Walaubagaimanapun mereka terhibur dengan persembahan lawak oleh kumpulan itu minggu ini. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

“Cik B ni sebenarnya campak la mana2 kumpulan kompem pcah. untung la achok n chiwan dpt cik B..serius..menjadi lawak ABC kerana Cik B sayang mamaaaa..” – Netizen

“Hahhahah Cik B tiru aksi Dato’ Seri Vida laaaa hahahha terhibur sangat” – Netizen

“Kumpulan pertama yg buat kami 1 family gelak pecah panggung syabas ABC” – Netizen

Semoga selepas ini kumpulan ABC akan perbaiki persembahan mereka pada minggu akan datang dengan mengambil kritikan Zul Arifin sebagai kritikan membina dan tidak mengharapkan kepada Cik B semata-mata.

Sumber: Instagram astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*