Netizen tersilap salin no telefon, gadis ini kongsi whatsapp sepupu dibanjiri mesej mohon bantuan tab

Tular sejak kelmarin apabila Ustaz Ebit Lew memuatnaik posting terbaru beliau di media sosial untuk menyumbangkan 100 tablet buat golongan pelajar yang kurang berkemampuan untuk digunakan bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Pada tahun ini sesi persekolahan telah diarahkan untuk dilaksanakan secara dalam talian kerana perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan buat kali kedua.

Sesi pembelajaran dalam talian telah menimbulkan pelbagai masalah dan kekangan kerana tidak semua pelajar mempunyai peranti yang sesuai untuk sesi pembelajaran PdPR secara dalam talian. Ramai pelajar yang keciciran pelajaran kerana tidak dapat menyertai kelas yang di ajar oleh guru mereka secara dalam talian.

Ustaz Ebit Lew yang merupakan seorang usahawan dan penceramah bebas itu sangat terkenal dengan sifat murah hati dan dermawan beliau. Sejak negara dilanda pndemik C0vid19 tahun lalu Ustaz Ebit adalah individu yang tidak pernah putus menghulurkan bantuan buat sesiapa sahaja yang terjejas.

Memahami keadaan dan permasalahan yang berlaku, Ustaz Ebit Lew cuba membantu dengan mengambil inisiatif menghadiahkan 100 peranti tablet buat para pelajar yang benar-benar memerluukan.

Harapan beliau agar sumbangan tersebut dapat meringankan beban keluarga dalam menyediakan peranti untuk sesi pembelajaran tersebut.

Posting Ustaz Ebit Lew di media sosial itu telah disertakan bersama nombor telefon bagi para pelajar menghubungi beliau sekiranya ingin mendapatkan tablet tersebut.

Bagaimanapun posting beliau itu telahpun menarik sehingga 43 ribu mesej daripada pelbagai golongan yang ingin meminta bantuan daripada beliau dalam tempoh hanya sehari.

Ustaz Ebit Lew berkata bantuan untuk menggunakan peranti tablet berkenaan bukan sahaja daripada golongan pelajar malahan terdapat juga daripada kalangan orang kelainan upaya, tiada pekerjaan dan anak yatim piatu.

Namun beliau memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan peranti berkenaan kepada semua kerana perlu mengutamakan bantuan kepada golongan yang lain pula.

Walaubagaimanapun seorang gadis telah berkongsi tangkap layar mesej di applikasi whatsapp bahawa sepupunya juga telah menerima beberapa mesej daripada netizen yg meminta bantuan untuk mendapatkan peranti tablet berkenaan kerana kesalahan semasa menyalin nombor telefon yang dipaparkan di posting media sosial Ustaz Ebit Lew.

Menganggap perkara tersebut sebagai agak lucu, gadis itu meminta agar netizen tidak terburu-buru semasa menyalin nombor telefon dan tidak mengulangi kesalahan menghantar mesej kepada sepupunya lagi.

Menerusi beberapa perkongsian di twitter warga maya memuji tindakan Ustaz Ebit Lew kerana sentiasa menjadi orang yang pertama dan antara yang terawal dalam menghulurkan apa sahaja bantuan.

Namun mereka juga mengingatkan Ustaz Ebit agar berhati-hati bagi mengelakkan ditipu oleh golongan yang mempunyai agenda tersendiri. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh warga maya buat Ustaz Ebit Lew.

“Semoga diberikan kelancaran dan dipermudahkan urusan Ustaz Ebit Lew membeli Tab utk dihadiahkan kpd pelajar yg memerluukannya.Semoga apa yg Ustaz lakukan menjadi asbab kebaikan dan saham akhirat buat Ustaz.Aamiin.InSya Allah.” – Netizen

“Sayaa nk minta satu untuk adik saya tpi saya segan dan takut nk call no tu” – Netizen

“adik mcm memerluukan tpi bila tgk 100 tu mcm org lain lgi perlu kot. Semoga yang memerluukan dapat bantuan ni.” – Netizen

Rakyat Malaysia cukup mengagumi dan memuji sikap individu yang bernama Ustaz Ebit Lew ini. Rata-ratanya sering mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat beliau.

Semoga Allah merahmati semua usaha dan amal kebajikan yang dilakukan olehnya dan mudah-mudahan Allah terus murahkan rezeki beliau selepas ini.

Sumber: twitter Pesan Ebit Lew

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*