Netizen nak join Ruzita pergi kelas usrah, geli hati babak bg tazkirah kt Che Salmah

Kini setelah beberapa minggu bersiaran, drama Takdir Yang Tertulis bakal melabuhkan tirai dengan berbaki 2 lagi episod yang akan ditayangkan pada hari isnin dan selasa minggu hadapan. Rasa tidak puas hati mengenai tuduhan Ruhila yang mendakwa beliau berlaku cvrang telah membuatkan Ean akhirnya bertanyakan mengenai perkara tersebut sendiri kepada Ruhila semasa pertemuan mereka di sebuah restoran.

Bagaimanapun soalan Ean telah mengundang kemarahan Ruhila yang kemudiannya bertindak keluar mnglkan Ean. Ean yang terkejut dengan tindakan Ruhila memegang tangan Ruhila untuk memujuk mendengar penjelasan beliau terlebih dahulu. Azlan yang kebetulan berada disitu ternampak kelakuan Ean dan Ruhila menyebabkan beliau merasa amat kecewa dengan isterinya.

Walaupun Ean dan Ruhila masih mempunyai perasaan antara satu sama lain namun status Ruhila sebagai isteri Azlan membuatkan Ruhila tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Dakwaan Ruhila bahawa Ean berlaku cvrang menyebabkan Ean kembali mencari bukti untuk menunjukkan dirinya tidak bersalah.

Watak Azlan yang sebelum ini telah mencraikan dan menjatuhkan Juweta mula mengundang rasa simpati para penonton kerana diperlakukan begitu oleh Ruhila.

Tindakan yang dilakukan Ruhila tanpa berbincang dengan suaminya Azlan menyebabkan Azlan jauh hati dan merasakan Ruhila tidak mementingkan perasaan beliau sebagai suami.

Ruhila yang menyangka selama ini tiada siapa mengetahui mengenai rahsia besar beliau dimana Mika merupakan anak kandung beliau dan Ean selain ibunya Che Salmah ternyata silap apabila Ruzita juga turut mengetahui hakikat berkenaan. Dalam diam, di belakang Ruhila dan Che Salmah sebenarnya Ruzita telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Ean.

Bersiaran pada episode ke 13 malam tadi, terdapat babak dimana Ruzita telah menyekolahkan ibunya Che Salmah mengenai balasan Allah kerana telah banyak berbuat perkara tidak elok terhadap anak menantu dan cucunya semata-mata demi harta.

Ruzita juga menasihati Che Salmah supaya meminta maaf kepada Azlan kerana banyak mempergunakan menantunya itu selama ini.

Ruzita berkata walaupun beliau mewarnakan rambut, namun beliau tetap tahu serba sedikit mengenai hukum dan apa yang telah dilakukan oleh ibunya itu merupakan dosa besar.

Ruzita juga turut berseloroh beliau perlu menghadiri kelas usrah dan sempat menyanyikan lagu berunsur dakwah buat Che Salmah.

Tindakan Ruzita berkenaan mengundang gelak tawa daripada para penonton drama tersebut kerana disebalik watak ting tong yang dibawakan rupa-rupanya beliau menjadi watak penting kerana berperanan untuk memberikan nasihat dan kesedaran kepada ahli keluarganya terhadap konflik yang sedang berlaku.

Berikut dikongsikan beberapa reaksi netizen terhadap babak berkenaan.

“hahahahaha adoi dah lawa pastu lawak plk adoii please la pengarah buat drama untuk dua beranak ni aku suka sgt hahahahaha” – Netizen

“Scene paling best dan kelakar” – Netizen

“Part paling best episod ni.. Hahaha” – Netizen

“Hahahaha tingtong pun bole sekolah kan mama” – Netizen

“Mlm ni pya scene mmg best…pnat gelak” – Netizen

“Kelakarr la ita nii , terkedu che salmah “ – Netizen

“suke tengok muke comey awk ngan rambut blonde” – Netizen

“adoiii awakkk… asal menghiburkan sgt mlm ni…” – Netizen

“Ita sekolah kan je mama tu biar dia taubat betul betul” – Netizen

“babeeee omg suka ya i scene ni , youre so funny “ – Netizen

Banyak betul plot twist dalam drama Takdir Yang Tertulis ni. Setiap episod satu persatu rahsia terungkai hingga membuatkan para penonton ternanti-nantikan episode yang seterusnya. Ean pun dah bawa bukti untuk tunjuk kepada Ruhila. Apa kesudahan hubungan Ruhila dan Ean agaknya..

Sumber: ig iman suhana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*