Netizen dakwa Neelofa trnsfer duit RM100K kpd PU Riz setiap minggu, terkena minyak pengasih

Sejak kelmarin telah heboh diperkatakan di media sosial mengenai hubungan bekas pengacara program Meletop dan usahawan terkenal Noor Neelofa bersama Pu Riz tau nama sebenarnya Muhammad Hariz yang dikatakan sedang dilanda dugaan bertunang. Untuk rekod, mereka berdua telah mengikat tali pertunangan sekitar bulan November lepas dan khabarnya akan berkahwin pada bulan Mac tahun hadapan.

Walaubagaimanapun adik beradik Neelofa memberikan bayangan bahawa mereka tidak merestui hubungan Neelofa dan Pu Rizz menerusi beberapa tangkap layar yang dikongsikan di akaun peribadi media sosial masing-masing.

Beberapa orang adik beradik Neelofa yang dikenali umum seperti Noor Nabila, Amira Khan dan juga Atisa Khan dikatakan telah memuatnaik beberapa status yang sama serentak di media sosial masing-masing dimana seolah-olah bertujuan untuk memerli seseorang dan ditujukan kepada orang yang sama.

Ekoran itu ramai yang mula membuat andaian mengenai perkara tersebut kerana terkejut dengan kekecohan yang melanda hubungan Neelofa dan Pu Riz ini.

Menerusi beberapa pemerhatian di media sosial, beberapa netizen pula mendakwa bahawa Neelofa sebenarnya telah terkena minyak pengasih dan kini sedang berubat.

Berikut dikongsikan beberapa tangkap layar mengenai dakwaan netizen bahawa Neelofa terkena minyak pengasih yang kini sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Berita berkenaan bukan sahaja terhenti disitu malahan Neelofa juga dikatakan telah bernikah dengan Pu Rizz di Kelantan dan diwalikan sendiri oleh bapa kandung Neelofa. Berita yang sedang bertebaran ini masih belum sahih lagi kebenarannya.

Rata-rata netizen juga meluahkan rasa terkejut dan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku kepada hubungan Neelofa dan Pu Riz ini. Sebagai ahli keluarga, adik beradik Neelofa hanya mahukan yang terbaik buat Neelofa.

Mereka juga tidak mahu Neelofa ditimpa masalah dan berduka kemudian hari. Rasanya tidak salah tindakan mereka melindungi Neelofa kerana hanya keluargalah yang akan saling memberikan sokongan dan membantu ketika susah.

Sekiranya benar dakwaan yang dikeluarkan oleh netizen tersebut, ini bermaksud Neelofa kini sedang skit dan perlu berehat. Mudah-mudahan Neelofa cepat sembuh dan tabah mengharungi dugaan yang sedang menimpa beliau sekarang.

Sumber: twitter chierazailan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*