“Nasib baik kecik senang angkat”- Netizen

Bermula sebagai pelakon kanak- kanak menerusi watak Fasha dalam drama bersiri Hikayat Putera Shazlan, kini pelakon Sweet Qismina sudah menginjak ke usia 25 tahun dan melebarkan sayap dalam bidang seni sebagai seorang pengacara, penyanyi dan model komersial. Menyingkap sisi peribadi pelakon cantik ini Sweet Qismina secara terbuka berkongsi dengan para peminat hubungan beliau bersama pelakon Adam Lee.

Hubungan cinta pelakon bertubuh genit ini dengan pelakon Adam Lee bukan lagi rahsia. Hubungan mereka berdua mula berputik sejak berlakon bersama di dalam drama Adam Chempaka.

24 Oktober yang lalu telah menjadi tarikh yang keramat buat pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina apabila mereka berdua menjadikan tarikh berkenaan sebagai tarikh penyatuan mereka berdua sebagai pasangan suami isteri.

Adam Lee secara peribadi telah memilih tarikh berkenaan yang juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Sweet Qismina sebagai tarikh perkahwinan sebagai simbolik mengambil Sweet Qismina daripada ibu yang telah melahirkan Sweet pada tarikh tersebut.

Pada majlis itu Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97. Nilai mas kahwin berkenaan merupakan simbolik kepada tarikh lahir Sweet yang jatuuh pada hari tersebut.

Pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Adam Lee atau nama sebenarnya, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee juga melangsungkan hari pertunangan bersama Sweet tahun lalu yang juga pada tarikh yang sama iaitu ulang tahun kelahiran Sweet ke-24.

Majlis resepsi pasangan dua sejoli berkenaan telah di adakan di sebuah hotel pada 29 Oktober yang lalu untuk meraikan hari bahagia mereka bersama rakan- rakan artis.

Menerusi perkongsian di satu Instagram peminat, Sweet Qismina dan suaminya Adam Lee di lihat menari bersama sebagai persembahan sampingan buat para tetamu yang hadir meraikan mereka pada malam resepsi tersebut.

Bagaimanapun ketika Adam Lee mengangkat isterinya, kelihatan gerak geri Adam yang sedikit terhuyung hayang mencuit hati para penonton. Namun begitu, Adam tetap berjaya mengawal keadaan. Keadaan berkenaan membuatkan Sweet Qismina ketawa besar sebelum mengakhiri persembahan tarian mereka berdua.

Menjengah keruangan komen, ramai peminat yang terhibur menonton tarian pasangan itu. Rata- ratanya juga memuji Adam dapat mengawal keadaan kembali.

Peminat juga gembira dengan kemesraan pasangan pengantin baru tersebut dan mendoakan yang baik- baik buat pasangan pelakon berkenaan.

Terdahulu, pasangan ini khabarnya mula berkenalan setelah Sweet memulakan langkah pertama dengan memperlawa Adam untuk menemaninya menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ke 31 pada tahun 2018.

Sweet mengajak Adam menemaninya menghadiri acara berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selepas selesai penggambaran drama yang kali pertama menggandingkan mereka, Adam Chempaka.

Sumber: ig Imani imtiyaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!