“Nasib ada doc, pandai betul kan kain”- Netizen

Setiap pernikahan, sudah tentu mahukan yang terbaik. Setiap isteri sudah pasti inginkan suami yang terbaik untuknya, setiap suami sudah pasti inginkan isteri yang terbaik. Matlamatnya semua sama sahaja, iaitu menginginkan kebahagian, sebabtu lah kita kena saling melengkapi antara satu sama lain. Korang semua setuju tak ?

Yang mana rasa kurang tu, kita semua topap balik. Sama-sama jadi yang terbaik untuk pasangan mereka semua. Yang paling penting ialah, kita semua mestilah sentiasa harus bertolak ansur antara satu sama lain. Barulah terjamin.

Pasangan suami isteri yang selalu menjadi perhatian ramai ialah, pasangan kepada Ummi Nazeera dan juga suami nya iaitu Dr. Izhar. Kedua-dua ini sangat comel dan sangat serasi. Ummi dan suami nya selalu saja buatkan kita semua tersengih dengan postingan mereka.

Ada-ada saja telatah dan juga gelagat kedua-dua pasangan suami isteri ni. Dr.Izhar pun boleh tahan lucu nya tu. Geram tengok kecomelan kedua-dua pasangan ni. Selalu saja buat kita semua tersengih, bersemut sangat lah, alahai.

Ummi Nazeera baru-baru ini memenangi anugerah Wanita Popular di Anugerah Drama Sangat. Wahh, hebat Ummi. Lakonan beliau sangat mantap dan terbaik. Tak pernah mengecewakan kita semua. Beliau seringkali menjadi kegemaran ramai.

Pun begitu, suami kesayangan nya sempat memuat naik video dan foto serta caption pada hari anugerah tersebut. Caption yang berbunyi “Lepas match basketball habis jam 6pm, balik rumah terus n sempat bersiap 20 minit pastu pi event terus lepas maghrib. Makan pun tak sempat. Kat event perform pulak betulkan kain wife pada saat2 genting….

Amboi, bukan main lagi caption Dr.Izzar tu kan. Function betul eh beliau tolong betulkan kain wife nya ketika nak ambil anugerah tersebut. Baju yang dipakaikan oleh Ummi pun, bukan main gah lagi, nasib baik ada husband nak betulkan.

Rata-rata netizen semuanya sangat teruja dengan effort yang ditunjukkan oleh Dr.Izzar, untung dan sangat seronok ada suami yang macam tu. Pasangan ini, tak pernah tak sweet dan tak buat kita semua tersenyum tau. Alahai, cair tengok.

Sebabtulah, sangat seronok kalau ada pasangan yang sangat supportive kepada pasangan nya. Dr.Izzar bangga sangat dengan wife nya yang dapat anugerah tersebut. Siapa je tak happy dan bangga kalau wife amugerah yang hebat kan ?

Sumber : Ig Umminazeera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!