“Nanti kena kecam tnjuk betis, gduh lg dgn netizen. Kena wat video lg minta maaf” – Netizen

Janna Nick atau nama sebenar beliau Nurul Jannah binti Muner merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia. Nama beliau mula melonjak naik setelah menjadi teraju utama drama Aku, Kau dan Kita di samping Shahrul Ridzwan. Tidak lagi menoleh kebelakang Janna turut melebarkan sayap sebagai penyanyi. Janna muncul dengan lagu single pertama berjudul Mungkin Saja sebagai percubaan sulung menjadi penyanyi pada tahun 2016.

Janna kemudiannya mendapat tawaran sebagai pengacara rancangan sensasi hiburan Melodi bergandingan bersama Awal Ashaari. Semakin laris menerima tawaran berlakon, saban hari wajah beliau sering muncul menghiasi slot drama di segenap saluran televisyen tempatan.

Janna melangkah setapak ke hadapan apabila tampil dengan buah tangan terbaru menerusi syarikat produksi beliau sendiri. Walaupun baru setahun jagung dalam industri, beliau telah berjaya melakar kejayaan peribadi menerbitkan drama pendek yang juga dibawah arahan beliau sendiri bertajuk Delen.

Drama berkenaan mendapat sambutan yang agak memberansangkan. Sebagai arahan sulung beliau, percubaaan Janna sebagai pengarah tidak mengecewakan.

Disebalik jiwa mudanya yang inginkan pengalaman dan berani mencuba sesuatu yang baru, Janna juga tidak terlepas berdepan dengan beberapa kontroversi yang menyebabkan namanya sedikit tercalar. Sebagai artis yang sentiasa menjadi perhatian para netizen, gerak geri beliau sentiasa meraih tumpuan.

Malahan sebelum ini Janna juga pernah bertikam lidah dengan netizen gara-gara pendapat beliau mengenai kepentingan garis panduan untuk sesebuah filem tidak dipersetujui oleh netizen. Pertelagahan tersebut menjadi semakin prah apabila Janna melabelkan netizen sebagai “L0ser”.

Ekoran kejadian itu, beliau menerima impak yang negatif sehingga akhirnya beliau mengalah dan membuat keputusan untuk meminta maaf secara terbuka kepada netizen atas kejadian terbabit.   

Bagaimanapun kejadian sebelum ini tidak cukup untuk memberikan iktibar dan tauladan buat pelakon berkenaan apabila menerusi instagram beliau, Janna telah memuatnaik sekeping gambar beliau memakai baju cheongsam yang agak sksi kerana mempunyai belahan di kaki. Baju tersebut dipercayai dipakai oleh Janna ketika bersiaran untuk mengacarakan rancangan Melodi.

Rata-rata netizen juga menunjukkan reaksi seakan tidak percaya melihat Janna mengayakan baju yang cukup sksi itu. Ruangan komen gmbar berkenaan juga dipenuhi nasihat para netizen kepada Janna agar muhasabah diri dan berpakaian lebih sopan.

Menariknya ada juga netizen yang meminta agar Janna lebih berhati-hati dan beringat mengenai kejadian bertikam lidah dengan netizen sebelum ini supaya Janna tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Berikut dikongsikan komen yang ditinggalkan netizen untuk Janna.

“Cantik. Tapi maaflah nk ckap. Sikit.. Sopan sikit ye nxt time…. Aurat hrus dijaga. Sis.” – Netizen

“Islam ke? Pelik pde pihk melodi sbb x halang dia ni pakai mcm tu. Pe bnde lh pakai sksi haih” – Netizen

“X elok la zana,lain kali tengok dulu dekat cermin ..manis x…hiissd” – Netizen

“Dulu ak pemint setia dia tpi skrg sejak terlmpau sksi tak suka trus ak .. Smpai adk ak ckap eyh bkan dia ni dulu tk sksi kan knp skrg sksi aemmm..” – Netizen

“Allahuakhbar… Aurat tu…. dah berapa byk mata memandang auratmu saudari seislam ku…” – Netizen

“Astaghfiruallah, semoga diberikan Hidayah” – Netizen

“Dlu mnt sgt. Tp skrg ummmm” – Netizen

Mungkin kerana usianya yang masih muda membuatkan jiwanya sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan sehingga menyebabkan beliau terlepas pandang beberapa aspek yang sensitif.

Sebagai manusia biasa, Janna juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Mudah-mudahan Janna mengambil teguran netizen kearah memperbaiki diri dan tidak cepat melatah ya.

Sumber:  ig janna nick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*