“Nanti kena dakwa lagi Awal oii” – Netizen

Jika sudah memilih kehidupan dan kerjaya sebagai seorang artis dan publik figur yang dikenali ramai, maka tidak larilah seseorang itu dari pelbagai aspek gossip yang melanda diri. Sekecil apa pun masalah yang dihadapi, pasti akan menjadi perhatian dan sorotan ramai sehingga sesuatu perkara tersebut menjadi besar dan gemp4r. Jika diri mempunyai kekuatan ment4l yang rendah, sudah pasti tidak dapat bertahan lama dalam industri hiburan dan dunia glamor yang dikenali ramai ini.

Akibat kesalahan kecil yang dilakukan oleh artis ternama negara iaitu Awal Ashaari pada bulan April lalu akhirnya telah mengheret dirinya sehingga ke pihak pengadilan. Pelbagai dakwaan dan spekulasi yang telah diberikan terhadapnya semenjak tularnya permasalahan ini di media sosial dan juga televisyen.

Awal Ashaari dan keluarga sempat meluangkan masa dan menyambut bulan Ramadhan di luar negara iaitu Turki pada bulan April lalu. Setelah pengumuman oleh pihak kerajaan yang membenarkan pelancongan ke luar negara, Awal Ashaari dan keluarga antara mereka yang terawal menempah tiket penerbangan untuk bercuti ke luar negara.

Pasti ramai yang sudah kenal dengan sikap Awal Ashaari yang semestinya bukanlah wajah baharu dalam industri hiburan. Berpengalaman menjadi pelakon, model dan pengacara selama hampir 20 tahun, ramai yang tidak percaya dan tidak sangka dengan kenyataan yang telah didakwa kepadanya kerana ramai yang mengenali Awal sebagai seorang yang sopan dan juga lembut.

Awal Ashaari dikatakan telah merosakkan palang pagar di kawasan perumahannya sehingga membawa amarah dari pihak pengurusan.

Tindakan dari pihak pengurusan yang menghalang Awal dari masuk ke rumah juga dikatakan akibat kegagalan dari pihak Awal untuk membayar yuran penyelenggaraan.

Foto terbaru yang dimuatnaik oleh Awal di Instagramnya telah mencuri perhatian ramai dengan sikapnya yang tenang dan masih mampu berjenaka walau kini sedang ditimpa masalah.

Gambarnya bersama palang pagar itu dikatakan sebagai sindiran terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya tentang mer0sakkan palang pagar di rumahnya itu.

Scha Al-Yahya dan juga rakan artis yang lain turut terhibur melihat gelagat lucu dan aksi dari Awal dalam gambar-gambar tersebut.

Para peminat dan netizen sangat terhibur dan ramai mereka yang memberikan kata-kata semangat kepada Awal Ashaari agar terus sabar dan kuat menentang segala ftnah yang diberikan.

Siapa sangka bahawa isu sekecil itu mampu membuat Awal Ashaari untuk turun naik mahkamah sehingga ke hari ini. Semoga Awal dan juga keluarga tidak berputus asa dan sentiasa bersemangat bagi membuktikan kebenaran kepada orang ramai tentang dirinya yang tidak bersalah.

Sumber: Instagram Awal Ashaari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!