“Nampak tak Ellen pun dh pndai cuba2 gegarkan kepala tu” – Netizen

Anak-anak ini adalah satu anugerah kepada kita dari Illahi. Merekalah yang membawa keceriaan dalam keluarga terutama sekali ketika mereka kecil. Mereka lah yang akan mengikuti sedikit sebanyak tingkah laku kita dan ada juga yang sememangnya dilahirkan dengan bakat yang terpendam. Sebagai ibu bapa, kita lah yang mencorakkan hala tuju anak mengikuti minat mereka.

Begitu juga lah pelakon dan ibu kepada 2 cahayamata, Noreen Iman. Kita sering melihat Noreen yang punyai personaliti yang sangat ceria dan aktif. Walaupun beliau berbadan besar, beliau tidak merasakan itu menjadi penghalang beliau untuk menonjolkan personaliti sebenar beliau. Dan sifat ceria beliau itu dapat dilihat juga pada kedua anak beliau.

Noreen selalu juga berkongsi gelagat anak-anaknya dalam sosial media beliau. Anak sulungnya, Ellen sering dilihat sebagai anak yang bakal mengikuti jejak ibunya yang berpesonaliti ceria dan berbakat.

Baru-baru ini, Noreen berkongsi sebuah video beliau sedang berada di dalam kereta bersama anak-anak dan suaminya.

Di dalam video tersebut, terlihat Noreen sedang berhibur mendengar lagu di dalam kereta bersama anak-anaknya.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah tarian Ellen dalam kereta itu mengikuti tempo lagu yang didengarinya. Nampak disitu, Ellen punyai bakat dalam menari juga.

Ramai netizen memuji bakat tarian Ellen walaupun dia menari di dalam kereta. Dan ada juga yang mengatakan Ellen boleh pergi jauh dalam bidang hiburan mengikut jejak ibunya.

Kita boleh lihat disini tingkah laku dan minat ibu bapa sedikit sebanyak akan mempengaaruhi perkembangan, minat dan bakat anak. Ellen banyak mengikuti minat dan bakat yang ibunya punyai dan mungkin juga ini bakal menjadi pelakon seperti ibunya kelak.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*