“Nampak sangat eg0, sekurangnya berilah tumpuan pada isteri” – Netizen

Setiap pasangan di dunia ini yang sudah mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehidupan yang bahagia, harmoni dan romantik bersama pasangan masing-masing. Bukan bahagia pada awalnya sahaja, kebahagiaan yang diimpikan pastilah kebahagiaan yang berkekalan sehingga ke hari tua nanti. Bagi mencapai perkara itu, setiap pasangan haruslah sentiasa bertolak-ansur dan menjadi pelengkap antara satu sama lain kerana tiada manusia yang dilahirkan sempurna.

Pasangan pelakon dan pelawak negara iaitu Sharifah Shahirah dan Ijoy Azhari pasti sudah dikenali ramai sejak dahulu lagi ketika mereka berdua masih hangat diperkatakan dan menjadi bualan ramai.

Perkahwinan yang didirikan sejak tahun 2003 dan sudah hampir mencecah 20 tahun ini masih tidak memudarkan rasa kasih dan sayang antara mereka kerana mereka sering dilihat sentiasa bersama-sama.

Sejak negara diumumkan menjalani PKP yang lalu, pasangan suami isteri ini dilihat sering membuat video bersama dan dikongsikan di laman sosial Instagram mereka buat para peminat di luar sana.

Kebanyakan video ‘review’ makanan yang dibuat oleh mereka berdua ini sentiasa mendapat perhatian kerana gelagat lucu mereka berdua. Walaupun Sharifah Shahirah pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya sebelum ini, ternyata ikatan suci yang diikat bersama Ijoy ini mampu bertahan sehingga kini dan deserikan lagi dengan empat orang cahaya mata milik mereka berdua.

Tetapi, lain pula yang terjadi kali ini apabila Ijoy terlihat dingin dan muram dalam video terbaru yang telah dimuatnaik baru-baru ini.

Netizen telah menyedari sikap Ijoy yang kelihatan tidak menghiraukan isterinya yang sedang sibuk berceloteh bagi mempromosi dan menjayakan video ‘review’ itu. Ijoy dikatakan hanya sibuk dengan makanan sahaja dan tidak membantu isterinya itu mencari rezeki.

Komen pedas dari netizen tersebut telah dibidas dan dibalas sendiri oleh Sharifah Shahirah yang tidak senang dengan kenyataan yang dibuat oleh netizen itu terhadap suaminya.

Malah ramai yang menyokong Sharifah Shahirah dengan mengatakan bahawa individu tersebut hanya dengki terhadap Ijoy yang dikatakan mempunyai isteri yang solehah.

Walaupun seseorang itu bergelar artis dan dikenali oleh ramai orang dalam negara ini, tetapi jangan dilupakan bahawa mereka juga masih manusia biasa seperti orang lain yang terkadang mempunyai hal privasi dan peribadi yang tidak kita ketahui.

Sebagai netizen sekaligus orang luar yang tidak mengetahui hati budi seseorang itu, tidak wajar bagi seseorang itu mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung dan meluukakan hati orang lain.

Sumber: Instagram sheiraijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!