“Nampak mcm penat kemas rumah, then baru tersedar eh aku ni baby lagi”- Netizen

Kehidupan sebagai seorang bayi atau kanak-kanak itu sangat menggembirakan penuh dengan suka ria, bergelak ketawa. Takda masalah yang nak difikirkan. Kalau ada pun masalah lapar, lepas dah siap makan tu, habis lah h1lang masalah nya tadi. Tapi, masa kanak-kanak itu hanyalah sementara, semua orang akan membesar dan menjadi dewasa.

Baru-baru ini Awal Ashaari ada memuat naik video anak keduanya, Lila Aminaa yang sedang televisyen seolah-olah dalam keadaan yang sangat mengantuk dan serius. Ada yang serius pun taktahu. Tengok cerita kartun pun serius.

Rata-rata netizen geli hati melihat gelagat si comel itu. Bila dilihat, macam tengah penat kemas rumah pun ada juga, tapi sejak bila pula kanak-kanak pandai kemas rumah kan. Nyandor je dekat sofa tu, penat sungguh ya buat kerja rumah.

Antara komen netizen terhadap posting tersebut ialah “dok mikir harga barang makin naik”, “Kecik-kecik dah termenung’ , “tengah fikir bila daddy nak belanja candy” dan sebagainya. Sememangnya macam sedang memikirkan satu hal yang serius ya. Hakikatnya sedang menonton cerita kartun “Bheem”.

Awal yang memuat naik video tersebut dengan caption “What is ini Lila Aminaa’s head” . Itulah yang membuatkan Lila  serius sangat tu. Memikirkan jawapan kepada soalan daddy nya tu kot. Kalau tengok cerita kartun lain pun sama juga kah serius nya tu ?

Awal dan pasangannya, Scha Al-Yahya kini sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lara Alana dan Lila Aminaa. Bercakap pasal Lara, siapa je tak si bijak tu kan. Kepetahan nya berbicara memang tak dapat dinafikan.

Lara kini berusia 7 tahun. Wah, kakak dah pergi ke sekolah lah. Lara pun sudah mempunyai akaun instagramnya yang kini mempunyai seramai 4 juta pengikut. Ramai betul ya follower Lara, keci-kecil dah ramai followers.

Lila Aminaa yang kini berusia 1 tahun pun ada Instagrammnya sendiri tau. Walaupun masih kecil tapi banyak je idea dan ragam yang dilakukan. Kadang-kadang tak menang tangan mummy dan daddy nya nak layan karenah anak-anaknya itu.

Semoga, Lila membesar dengan sihat. Lepas ni jangan lah stress2 tengok kartun. Masih panjang lagi perjalanan untuk Lila di masa hadapan. Kalau boleh hadapi nya dengan senyuman dan tenang.

Sumber : Ig Awalashaari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!