“Nampak la jem pala Dato AC haha” – Netizen

Bagi pengguna applikasi Tiktok, warganet pasti sudah mengenali personaliti media sosial yang di kenali dengan nama Ratu Farah Diva. Ratu Farah Diva merupakan seorang gadis berusia 28 tahun yang sangat aktif di media sosial dengan membuat pelbagai konten yang kreatif dan menarik. Pada awal kemunculan gadis ini, beliau sering memuatnaik video temu bual bersama para selebriti di Malaysia untuk memberikan ‘pickup line’.

Konten- konten ‘pickup line’ beliau yang menampilkan artis dan selebriti yang di kongsikan beliau semakin hari semakin mendapat perhatian netizen. Malahan telatah dan gelagat beliau yang gemar menari serta menyanyi juga sering di jadikan parodi warganet.

Kini, bakat beliau semakin berkembang apabila di lamar menjadi penyanyi dan menghasilkan lagu pertamanya bersama Shah Rezza dan Aidilia Hilda berjudul Slebew Sikok Bagi Duo. Ratu Farah juga tampil dengan lagu terbaru Harga Naik Lagi dengan kerjasama Rusa Musa Entertainment.

Namun begitu, lagu berkenaan mendapat kecaman orang ramai kerana di anggap sebagai mengh4ncurkan industry muzik di Malaysia. Suara Ratu Farah yang agat pelat juga sering mendapat kritikan kerana nyanyian yang tidak jelas.

Terbaru, menerusi Instagram program hiburan Meletop telah berkongsi satu video sedutan kehadiran Ratu Farah ke studio Meletop sebagai artis jemputan pada minggu ini. Namun begitu kehadiran beliau ke program berkenaan menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Kehadiran Ratu Farah ke studio Meletop adalah bagi edisi artis BBNU Meletop memandangkan muzik video lagu nyanyian beliau menerima jumlah tontonan yang tinggi di saluran Youtube.

Ratu Farah juga sempat menyanyikan lagu Slebew Sikok Bagi Duo dan membuat aktiviti teka lagu bersama artis jemputan yang lain iaitu Afieq Shazwan, Haqiem Rusli dan Tuah.

Mengintai ke ruangan komen, paparan video berkenaan meraih reaksi yang begitu tinggi daripada netizen. Sehingga kini, perkongsian video nyanyian Ratu Farah di Instagram Meletop itu telah meraih sebanyak  15,097 tanda suka dan 2174 komen daripada netizen.

Kebanyakan komen yang di tulis oleh netizen di ruangan komen agak negative dan berbentuk kritiikan. Rata- rata netizen mengecam nyanyian beliau dan mengkritik tindakan beliau yang tidak serius kerana di lihat menganggap industry muzik sebagai tempat bersuka ria.

Netizen juga sempat mengusik pengacara ketika itu iaitu Dato Ac Mizal yang seolah terpaku dan terkejut setelah mendengar nyanyian Ratu Farah. Berikut di kongsikan komen- komen berkenaan.

Masyarakat gemar untuk menularkan sesuatu yang pelik, jadi tidak hairan lah lagu nyanyian Ratu Farah mendapat jutaan tontonan.

Ratu Farah Diva bukanlah insan istimewa seperti yang di katakan oleh ramai sebaliknya beliau hanya gadis biasa yang normal dan hanya ingin menghiburkan orang ramai dengan nyanyian dan tarian beliau.

Sumber: Instagram MELETOP

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!