“Nampak baby bump Kak Ernie la” – Netizen

Nama penyanyi duet hebat yang tidak perlu diperkenalkan lagi ini semangnya mempunyai bakat yang besar dalam nyanyian. Siapa yang tidak kenal lagi dengan pasangan hebat Syameel Aqmal dan Nur Ernie Shahirah ini. Bermula dengan hubungan sebagai pasangan duet yang serasi, tiada siapa yang sangka akhirnya hubungan akrab mereka berdua berjaya disatukan dengan ikatan perkahwinan pada Ogos tahun lalu.

Walaupun mempunyai kelebihan datang dari keluarga yang memang berbakat besar dalam nyanyian, Ernie tidak pernah menggunakan kelebihan atas nama besar ibu dan ayah saudaranya iaitu Ziana Zain dan Anuar Zain itu untuk melonjakkan namanya dalam industri hiburan.

Syamel dan Ernie mula rapat dan popular sejak menyertai rancangan Duo Star yang merupakan sebuah rancangan relaliti nyanyian terbitan Astro pada tahun 2016.

Bukan sahaja berbakat dalam nyanyian dan pernah menjadi naib juara dalam Akademi Fantasia 2015, Syamel juga turut berbakat dalam penulisan lirik serta sebagai komposer lagu.

Baru-baru ini, pasangan suami isteri ini sekali lagi bergandingan dalam lagu terbaru. Video lagu ini bakal dilancarkan di Youtube channel milik Rocketfuel.

Lagu tersebut bertajuk ‘Goodbye Hello’ yang sebelumnya telah dilancarkan dahulu di aplikasi Spotify dan ternyata telah mendapat sambutan dari orang ramai.

Pasangan ini sama-sama memuatnaik sedikit cuplikan dari video yang bakal dilancarkan itu ke laman Instagram milik mereka. Tetapi para netizen masing-masing mempersoalkan keadaan diri Ernie yang terlihat semakin berisi dan ternampak ‘bump’ pada perutnya.

Video tersebut juga telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis sendiri yang geram dengan gelagat manis mereka berdua termasuklah 0zlynn, Wany Hasrita, Sara Suhairi dan ramai lagi.

Para peminat dan netizen juga tidak melepaskan peluang untuk mendoakan kesejahteraan rumahtangga mereka berdua agar kekal hingga akhir hayat.

Jika benar Ernie kini sedang berbadan dua, pasti ramai peminat di luar sana yang teruja dan menanti mereka berdua berkongsi dan mengumumkan berita gembira ini. Semoga pasangan ini sentiasa berbahagia dan ceria dalam menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri.

Sumber: Instagram Ernie Zakri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!