Nama sama dgn skandal Shuk, gadis ini terima mesej kecaman dari netizen

Ekoran kisah kontr0versi isu peribadi dan rumahtangga Shuk yang kecoh sejak beberapa hari lepas, netizen meminta stesen radio itu mengambil tindakan tegas terhadap penyampai radio mereka kerana kisah peribadi beliau telah turut mencemarkan nama baik stesen radio tersebut. Rata-rata netizen juga berkata mereka tidak mahu lagi mendengar lagu di stesen radio tersebut sekiranya Shuk masih lagi menjadi penyampai radio kerana tidak mahu mendengar suara Shuk.

Luahan hati oleh isteri penyampai radio itu telah mendapat perhatian para netizen dan sejak beberapa hari lalu Shuk turut menerima kecaman hebat oleh para netizen.

Shuk yang mengendalikan slot pagi di stesen radio Hotfm telah disrang oleh warga maya dan Instagram beliau juga sehingga kini dipenuhi komen mengenai perilakunya itu.

Apa yang netizen dikesalkan adalah kerana apabila kali pertama kejadian itu berlaku, rumahtangga mereka kembali pulih seperti biasa dan netizen mendoakan agar hubungan mereka kembali harmoni.

Namun yang mengejutkan apabila kejadian cuurang tersebut berlaku kali untuk kedua dan netizen merasakan tindakan tersebut adalah kekhilafan daripada pihak Shuk sendiri.

Menjengah ke laman web rasmi Hotfm dan Youtube Rasmi Hotfm bagi yang mendengar saluran radio itu secara online pagi ini warga maya ternantikan kemunculan Shuk yang biasanya akan bersiaran menerusi slot Geng Pagi Hot pada pkul 6 hingga 10 pagi.

Walaubagaimanapun Shuk tidak bersiaran pagi ini dan digantikan dengan 2 orang penyampai radio lain bagi mengendalikan slot geng pagi hot.

Tidak ketinggalan juga media sosial Hotfm yang terkena tempias apabila media sosial rasmi stesen radio berkenaan turut di srang oleh warga maya yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kelakuan penyampai radio berkenaan terhadap isteri beliau.

Menerusi perkongsian di twitter pula, seorang gadis telah membuat ciapan mengenai beliau terkena tempias kontroversi berkenaan kerana secara tidak sengaja mempunyai nama yang sama dengan individu yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Shuk.

Gadis tersebut berkongsi tangkap layar beberapa mesej yang diterima daripada beberapa individu yang tidak dikenali telah mngalkan mesej yang memarahi beliau kerana menjadi permpas dan sebagai orang ketiga dalam hubungan Shuk dan isteri. Tidak kurang juga yang menyindir beliau kerana berebutkan Shuk.

Ujar gadis itu lagi, mesej-mesej yang diterimanya membuatkan perasaan beliau bercampur baur. Insiden melucukan itu mengundang gelak tawa oleh warga twitter yang merasakan perkara tersebut sebagai kelakar dan tidak masuk akal. Berikut beberapa mesej ulang ciap yang di tinggalkan oleh warga twitter di perkongsian gadis berkenaan.

“weyh hahahahahah tak pasal pasal kena kat orang lain” – Netizen

“Jom semua yg nama farah unite & buang that girl tu. X sesuai nama dia farah” – Netizen

“mesti netijen tengah buat kerja tu, tapi nasib baik dia survey dulu tanya dibuatnya terus maaki kan dah naya hahahah” – Netizen

“Kesian Farah stay strong disebabkan satu Farah habis semua farah” – Netizen

“Yang ini Farah cantik dari segi rupa dan kelakuan. Farah lagi sorang yg kndal dgn syuk tu kelakuan macam………….” – Netizen

“I think there is more than 1 farah salleh in this word. It pays to know which one is right” – Netizen

“Stay strong sis.. ramai jgk org2 bongok musim covid ni..asal nama sama terus attack” – Netizen

“why can’t everyone just mind their own business” – Netizen

Jangan main-main dengan netizen Malaysia, sampai kelubang cacing di carinya untuk menempiaskan kemarahan mereka sampaikan individu tidak bersalah turut menjadi mngsa hanya kerana mempunyai nama yang sama.

Semoga Shuk dan keluarganya dapat menyelesaikan masalah rumahtangga mereka dengan baik. Sebagai orang luar kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam rumahtangga mereka.

Apa yang mampu kita lakukan adalah dengan mendoakan sahaja agar mereka dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk keluarga mereka.

Sumber:  twitter farahwrsx

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*