“Nak jadi pelakon pun kena belajar sampai 3 tahun, buang masa je”

Menimba ilmu sememangnya penting buat kita semua. Ilmu merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan seharian kita dan menjadikan kehidupan lebih sempurna. Jadi, memang benar ada kata pepatah mengatakan ilmu adalah pelita hidup. Dan melalui pendidikan juga, pelbagai ilmu diterap dalam diri kita sejak kecil lagi. Memang benar, pendidikan melahirkan insan yang baik dan berpengetahuan luas.

Dari peringkat sekolah rendah sehinggalah di peringkat universiti, pelbagai ilmu asas dan ilmu kemahiran yang dipelajari sekaligus menjadikan seseorang itu antara insan yang berguna pada masyarakat dan negara.

Malah, ilmu berkaitan bidang seni juga antara yang banyak menyumbang kepada industri seni tanah air tidak kira di belakang tadbir mahupun di hadapan layar kaca televisyen.

Bagi Pengacara popular Sherry Alhadad, ilmu dalam bidang seni terutamanya lakonan banyak mengajar dirinya untuk menjadi manusia yang mempunyai empati, menghormati orang lain dan sebagainya. Ibarat kata Sherry, teater itu sendiri memanusiakan manusia.

Menerusi posting Sherry di Instagram, Sherry berkongsi kisah dirinya memilih bidang lakonan selepas tamat SPM dan bukan sekadar untuk berlakon namun untuk mendidik dirinya menjadi manusia yang berguna.

Sherry juga menceritakan dirinya dahulu pernah ditertawakan kerana memilih bidang lakonan sebagai hala tuju hidupnya. Namun, Sherry berjaya membuktikan dirinya yang kini sudah popular dalam industri seni Malaysia.

Posting Sherry telah menarik perhatian khususnya rakan-rakan artis antaranya Nadia Brian, Mira Filzah dan lain-lain lagi. Peminat Sherry juga turut mngalkan komen yang positif buat Sherry.

Itulah orang kata, jangan mudah ketawakan orang lain. Sekarang, Sherry pun dah popular dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Dan lebih best lagi bila ramai suka cara Sherry mengacara program, memang terbaik

Sumber: Instagram Sherry_Alhadad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!