Nabila Razali idam lelaki yang wangi

Secara amnya, maksud kesempurnaan sangat subjektif mengikut individu tersebut. Tetapi terdapat ciri-ciri semula jadi yang menjadi penanda arah untuk kita mencari lelaki idaman tersendiri. Antara ciri yang dicari adalah pandai masak, baik hati, bertanggungjawab dan banyak lagi. Tidak terkecuali juga bagi artis yang sedang meningkat naik dengan lagu vroom vroom iaitu tidak lain tidak bukan Nabila Razali yg mencari lelaki idaman nya itu.

Bakal memasuki umur 30 tahun tidak lama lagi, perkahwinan adalah salah satu perkara yang ditanya. Buat Nabila Razali, dia tidak kisah sekira jodohnya itu dari kalangan orang kenamaan mahupun selebriti juga seperti dirinya.

Dia suka berkongsikan ciri-ciri lelaki idamannya seperti sentiasa wangi, menitikberatkan penampilan dan sukakan kebersihan.

Apabila ditanya oleh Media Hiburan tentang lelaki idamannya itu, dia membalas ‘kalau boleh biarlah lelaki itu sentiasa wangi, tidak cuurang dan pembersih orangnya’.

Nabila juga berkongsikan perkembangan nya yang terbaru bahawa dia kini baru berjinak-jinak menceburi bidang usahawan dan akan mengeluarkan ciptaan tudungnya yg tersendiri tidak lama lagi.

Kini, Nabila Razali berada di Kuala Terengganu bagi menghadiri perlumbaan pertama Toyota Gazoo Racing Festival di Stadium Sltan Mizan Kuala Terengganu pada 6 & 7 September ini.

Sumber : IG nabila.razali / Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*