Myat perempuan ditemui ketika dalam misi pencarian Nora Anne

Polis mengesahkan satu myat perempuan ditemui di sekitar kawasan pencarian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata maayat itu ditemui pada jam 1.57 tengah hari kira-kira dua kilometer dari resort penginapan Nora Anne dan keluarganya. Bagaimanapun, katanya, identiti maayat itu masih belum dikenal pasti.

“Kita menerima maklumat daripada orang awam pada jam 1.57 tengah hari tadi sebelum anggota mencari dan menyelamat (SAR) dikejarkan ke lokasi itu.

“Maayat perempuan berkulit putih itu ditemui dalam keadaan sempurna,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sementara itu, polis turut menutup laluan ke resort itu dengan memasang garisan kuning sejak jam 2.30 petang tadi bagi menghalang orang luar termasuk media memasuki kawasan berkenaan.

Kelihatan jentera pihak berkuasa termasuk pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta ahli keluarga Nora Anne memasuki kawasan larangan itu.

Nora Anne yang mengalami masalah lembam sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di resort The Dusun, di Pantai, sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi SAR di kawasan berkenaan.

Menurut laporan harian metro, Polis yakin myat wanita kulit putih ditemui di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, 1.57 petang hari ini adalah Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, myat berkenaan ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi dan menyelamat (SAR) berkenaan.

“Myat ditemui di kawasan lurah kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempat remaja itu menginap. Ketika ditemui, myat tidak berpakaian berhampiran anak sungai.

“Myat wanita itu ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi sebelum melaporkannya kepada polis seterusnya unit forensik bergegas ke lokasi bersama pasukan patologi dari Hspital Tuanku Jaafar (HTJ),” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata, kawasan myat berkenaan ditemui, termasuk dalam liputan kawasan pencarian pasukan SAR sebelum ini.

“Myat berkenaan dibawa ke HTJ menggunakan helikopter kerana kawasannya ditemui adalah lurah sedalam kira-kira 1.2 kilometer,” katanya.

Ditanya mengenai sebarang kecederaan pada maayat, Mazlan berkata, pihaknya akan menunggu laporan bdah siasat terlebih dahulu.

“Pihak keluarga sudah dimaklumkan dan dibawa ke HTJ untuk proses pengecaman. Bagaimanapun, polis yakin maayat berkenaan adalah Nora Anne,” katanya.

Hari ini, pasukan SAR menjumpai maayat di kawasan pencarian Nora Anne yang membabitkan 353 anggota, pasukan SAR terbesar setakat ini.

Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu.

Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Sebelum itu, Kelibat Nora Quoirin, 15 sehingga kini masih belum ditemui dan pasukan penyelamat masih giat menjalankan operasi pencarian. Fasha Sandha turut meluahkan keprihatinan dan memuat naik poster memohon bantuan netizen agar turut sama menyumbang tenaga dan membantu pencarian remaja tersebut.

Lebih menyayat hati, menerusi perkongsian pelakon ini, misi pencarian diteruskan dengan menggunakan suara ibu mngsa, Meabh Jaseprine Quoirin yang mengatakan “Nora sayang. Ibu sayangkan awak. Ibu di sini”.

“#prayfornora. Sesiapa yang berada di seremban dan berjumpa Dengan Nora, mohon hulurkan bantuan , Tolong!

Semoga Nora dapat ditemui dalam keadaan selamat, Amin aqidahazizi #noraannequoirin,” tulisnya.

Terdahulu remaja berasal dari Ireland ini dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu di resort di Pantai, Seremban dipercayai mnggalkan bilik penginapan.

Pihak polis menyifatkan kawasan sekitar resort yang diselubungi hutan tebal menyukarkan pasukan penyelamat mengesan keberadaan remaja terbabit.

Penduduk setempat pula mengaitkan kehilangan remaja perempuan itu dengan kehadiran makhluk halus.

Sumber : berita harian / harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*