“My baba my hero” – Jebat Jayden

Pengorbanan seorang ayah sememangnya tiada tandingannya. Secara semulajadinya memang seorang ayah ini adalah tegas, lebih banyak berdiam dan jarang memujuk anak-anaknya. Namun kasih seorang ayah hingga ke syurga. Ayah yang berperanan sebagai ketua keluarga telah banyak berkorbaan termasuklah perasaannya yang mungkin kita sendiri tidak sedari. Hargailah ayah kita sementara mereka masih ada.

Bergelar selebriti dan juga seorang ayah, Sharnaaz Ahmad memikul tanggungjawab yang besar selepas lahirnya Jebat Jayden. Di kala sibuk bekerja, Sharnaaz sentiasa mengutamakan Jebat yang merupakan anak kesayangannya.

Sebab itu kita selalu lihat Jebat dan Sharnaaz cukup rapat. Video dua beranak ini juga sentiasa mencuri perhatian netizen dan netizen selalu menyifatkan Sharnaaz seorang ayah yang sangat penyayang dan tidak pernah mengabaikan Jebat.

Baru-baru ini, video Sharnaaz meluangkan masa bersama Jebat telah menyentuh hati netizen. Gara-gara audio dalam video berkenaan, ramai netizen sebak melihat hubungan dua beranak ini.

Jelas kelihatan rindu seorang ayah kepada anaknya. Melihat posting video tersebut, berkemungkinan Jebat dan Sharnaaz sudah lama tidak bertemu memandangkan Jebat sedang bercuti bersama ibunya, Noor Nabila di Sabah.

Sementara itu, video dikongsi Sharnaaz telah mencapai tontonan sehingga 130,000 tontonan dan komen-komen daripada netizen.

Rata-rata netizen akui, Sharnaaz antara seorang ayah yang paling bagus dan sentiasa mendahuluk4n Jebat dalam segala hal.

Walaupun Sharnaaz dikenali dengan sikap panas baraan namun di sisi lain, beliau seorang ayah yang penyayang dan Jebat beruntung memiliki ayah seperti Sharnaaz.

“The best baba in the world, alahai syahdu bro, touching sgt so cute lah jebat, baba material sgt lah sharnaaz ni”-Netizen

Tersentuhnya hati tengok Sharnaaz manjakan Jebat. Memang gelaran the best daddy patut bagi dekat Sharnaaz ni.

Sumber: Intagram sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!