“Muka malu2 lps sebut mummy hehe” – Netizen

Indahnya kehadiran anak kecil, apatah lagi jika anak sulung. Cahaya mata ini merupakan anugerah dan amanah dari Ilahi untuk dijaga dan dipelihara. Malah, apabila mereka sudah semakin membesar, pasti banyak perubahan yang kita inginkan. Seperti belajar berjalan, merangkak dan yang paling bermakna ialah menyebut nama panggilan mami dan daddy.

Siapa tidak tahu bahawa Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim telah dikurniakan cahaya mata. Seorang anak lelaki yang kacak dan comel malah mempunyai lesung pipit di wajah.

Sebelum ini Isaac sudah beberapa kali menyebut panggilan daddy, atuk dan oma. Namun sukar untuk mwnyebut mummy.

Apabila Isaac terlafaz menyebut mummy, terus maminya gembira, malah Isaac pula malu-malu sehinggakan tidak menyebutnya lagi.

Isaac pasti gembira dan merasa malu apabila besar kerana daddynya berjaya merakam saat yg diingini oleh maminya. Panggilan pertama mami dari mulut Isaac, anak kesayangan mereka.

Malah, sebutan sukar seperti “uncle haziq, nanny, eja” pun Isaac boleh menyebut tetapi tidak mami. Inilah rakaman pertama sebutan mami namun dia tidak mahu menyebutnya lagi.

Isaac comel dengan lesung pipit, malu-malu pula sehinggakan terlentok malu. Comel betul Isaac ni.

Banyak komen memuji sikap Isaac dan ramai mengucapkan tahniah. Pasti Zahirah begitu gembira. Ini komen mereka.

Semoga membesar dengan baik ye Isaac. Pasti akan membuat mami dan daddynya bangga.

Sumber: ig zahirahmacwilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!