“Muhamad Rayyan Khalaf genap 30 hari” – Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy secara umumnya telah melahirkan bayi lelaki pada 1 Oktober lalu dan kini sudah genap 30 hari umur bayi lelakinya yang dinamakan Muhamad Rayyan Khalaf itu. Rata-ratanya ramai netizen berpendapat wajah Rayyan sama iras seperti bapanya yang juga suami kepada Elfira, Muhamad Faris. Elfira menerusi postingnya di Instagram telah memuatnaik video anak lelakinya beserta kapsyen “Muhammad Rayyan Khalaf genap 30 hari”

Posting video Elfira tersebut menerima hampir 63,000 tontonan. Wah, ramai peminat Rayyan yaa.

Menerusi ruangan komen, beberapa netizen mendoakan yang terbaik buat bayi Elfira dan ramai memberi komen wajah bayi Elfira mempunyai iras yang sama seperti bapanya.

“Anak ayah betul ni, muka ikut ayah dia,”- Netizen

“Alhamdulillah, semoga membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh.”-Netizen

“Alah comelnyaaaa”- Netizen.

Untuk baby boy Elfira, semoga membesar dengan sihat yaa dan jadi lelaki yang kuat. Tahniah buat Elfira dan suami.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*