Muatnaik video pertama bersama Shuk slps berbaik, komen Bella Astillah curi tumpuan netizen

Pendedahan mengenai kecvrangan Shuk yang dibuat oleh isterinya Sera sebelum ini melalui media sosial cukup mengejutkan dunia hiburan. Perkara berkenaan menjadi begitu tular dalam kalangan netizen dan menjadi bualan ramai sehingga menyebabkan Shuk yang juga bertugas sebagai penyampai radio Hotfm ketika itu telah digantung tugas dan tidak dapat bersiaran selama beberapa minggu kerana kontr0versi berkenaan.

Luahan hati Sera sebelum ini mengundang rasa simpati netizen terhadap nasib yang menimpanya kerana perbuatan cuurang itu telah dilakukan oleh Shuk buat kali kedua kerana sebelum ini beliau pernah mencvrangi isterinya itu kerana wanita yang sama.

Sera merasa terkilan kerana setelah memaafkan suaminya itu, Shuk mengkhianati kepercayaan yang diberikan beliau untuk kali kedua. Netizen yang bersimpati dengan Sera berharap agar Sera teruskan kehidupan beliau tanpa menoleh kebelakang lagi kerana tidak mahu Sera terluuka berkali-kali.

Namun manusia hanya mampu merancang dan tuhan menentukan segalanya. Shuk yang berazam untuk mendapatkan kembali keluarganya telah membuat tindakan berani untuk melamar Sera menjadi isterinya sebagai tanda meminta maaf dan memujuk agar isterinya itu kembali berdamai bersama beliau.

Bersama beberapa orang rakan ketika itu, Shuk membawa rombongan meminang semasa Sera sedang mengadakan sesi promosi produk secara langsung di rumah.

Sera yang terkejut dengan tindakan Shuk berkata beliau sedia memaafkan suaminya itu demi anak dan keharmonian rumah tangga mereka. Tindakan Shuk berkenaan bagaimanapun telah mendapat kecaman yang hebat dari netizen.

Menerusi Instagram, Sera telah memuatnaik sebuah video untuk mempromosikan produk beliau bersama Shuk. Video tersebut merupakan video pertama dimuatnaik oleh Sera setelah berbaik semula dengan suaminya.

Di caption video tersebut, Sera turut menyelitkan harapan beliau supaya suaminya itu terus istiqamah untuk berubah dan setia kepada keluarga.

Sera juga berharap agar para pengikut beliau juga mendoakan yang baik-baik untuk hubungan rumahtangga mereka berdua.

Menjengah keruangan komen, reaksi netizen bercampur baur terhadap perdamaian pasngan tersebut sehingga menimbulkan perdebatan kerana ada yang tidak bersetuju dengan tindakan Sera sebelum ini yang menyebarkan aib suaminya sendiri di media sosial.

Perdebatan hangat antara warga maya berkenaan mencuri tumpuan apabila Bella Astillah di dapati turut men1nggalkan komen menyokong pendapat seorang individu yang menyebelahi Sera kerana mendedahkan kecuurangan suaminya.

Individu yang menyokong Sera itu berkata tindakan Sera membuat pendedahan adalah untuk menyedarkan suaminya kerana berkemungkinan asbab pendedahan tersebut membuatkan Shuk menyedari kesilapan yang dilakukan beliau sehingga menjejaskan periuk nasi sebagai penyampai radio.

Berikut dikongsikan tangkap layar pendapat warga maya mengenai perdamaian Shuk dan Sera.

Umum juga tahu kisah Bella Astillah yang sebelum ini mengalami nasib sama dengan Sera malahan pernah bercrai dengan suaminya Alif Aziz setelah melalui pengalaman serupa apabila Alif berlaku cuurang di belakangnya beberapa kali.

Walaupun beliau sebelum ini telah memaafkan suaminya namun Alif telah mengulangi perbuatan tersebut berkali-kali hingga menyebabkan Bella mengambil keputusan untuk bercrai.

Bagaimanapun situasi kembali kecoh sekitar tahun lepas apabila Bella akhirnya mengaku telah berbaik dengan suaminya itu dalam tempoh edah apabila beliau tidak mampu lagi menafikan kandungan kedua beliau ketika itu. Kini Bella bahagia dengan pilihan beliau untuk menyelamatkan rumahtangganya.

Setiap manusia di berikan dugaan dan ujian yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Mungkin buat sesetengah orang pasti agak suukar untuk memahami sesuatu perkara sekiranya masih belum melalui keadaan tersebut.

Begitu juga dengan apa yang telah dilalui oleh Sera dan Bella. Mereka berdua merupakan isteri yang cukup hebat kerana mampu memaafkan suami walaupun setelah beberapa kali terluuka dengan kecvrangan suami masing-masing.

Sumber:  ig rossa.sera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*