“Motor pun tak reti bawak, sikit lagi nak kena isteri yg sedang mengandung” – Netizen

Bila sebut sahaja nama Dato’ Aliff Syukri, para netizen sudah sedia tahu beliau dengan kisah-kisah kontr0versinya yang menjadi buah mulut orang sekeliling. Baru-baru ini, beliau ‘buat hal’ lagi dengan membawa masuk motor Ysuku yang baru diubahsuai kedalam rumah agamnya. Bukan itu sahaja, beliau menaiki motornya itu dan ingin membawa disekeliling kawasan dalam rumahnya.

Macam mana ni dekat mana abang patut simpan moto wisuki yang mahal ni. Abang sedih sangat abang kecewa sebab kenapa abang tak pernah dihargai bukan main betina pun.. main wisuki jee pun.. baru nak kalahkan moto si acheykintangkintung ajakshiro..

habis duit dah byk dah dekat ggrmachine niSemua barang motor abang ni semua yang ori… yang abang punya ini semua custemade.. org lain x ada ang tempah ni.. lps ni kena beli beg fila pulak geg abg pesan.. abg x ada beg tu.. ada yg nak sponser abg tak??

Akan tetapi, terlihat Dato’ Aliff Syukri didalam IGTVnya ditahan oleh isterinya sendiri, Datin Nur Shahida yang sedang mengandung. Datin Nur Shahida menyoal suaminya itu kenapa berbuat demikian dan risau motor tersebut membawa kekotoran dari luar.

Akan tetapi, Dato’ Aliff memujuk isterinya supaya membenarkan beliau membawa masuk kenderaan tersebut ke dalam rumah atas alasan motor tersebut telah diubahsuai dengan barangan ‘ori’ dan ‘customade’ dan risau motornya dicuri oleh orang. Tetapi pujukannya itu tidak berjaya apabila Datin Shahida membalas dengan nada marah mengatakan motornya itu boleh membawa najis dari luar masuk ke dalam rumah.

Kesan dari tindakan Dato’ membawa masuk motornya itu telah mengundang kemarahan para netizen kerana kelihatan seperti menunjuk-nunjuk kekayaannya di sosial media.

Bukan itu sahaja, ada juga yang kecam tindakan Dato kerana tindakannya itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada ahli keluarga terutama sekali kepada isterinya yang sedang sarat mengandung.

Walaubagaimanapun, masih ada para netizen yang menyokong tindakan Dato Aliff. Mereka mengatakan bahawa barang yang mahal sememangnya harus disimpan didalam rumah. Malahan, ada juga yang terhibur dengan gelagat Dato Aliff dan menganggap Dato Aliff dan isterinya hanya bermesra sahaja.

Jadi moral disini, apa sahaja tindak tanduk kita, kita sendiri harus sedari kebaikan dan keburukannya dan apa sahaja kesan yang berlaku dari tindakan kita, kita harus bertanggungjawab keatasnya.

Sumber : Ig aliffsyukriterlajaklaris

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*