“Mohon utk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih lebihan” – Shuib

Sudahpun seminggu sejak pemergian arwh Siti Sarah pada tanggal 9 Ogos yang lalu namun sehingga hari ini di mana – mana sahaja video mengenai kebaikan arwh Siti Sarah masih lagi diperkatakan dan sering berlegar di media sosial. Pengorbanan arwh Siti Sarah yang berjuang demi menyelamatkan anak dalam kandungannya begitu menyentuh hati rakyat Malaysia.

Kisah beliau sebagai seorang isteri yang taat dan ibu yang baik kepada suami malahan beliau juga seorang wanita yang suka bersedekah cukup memberikan inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan wanita.

Arwh Siti Sarah di semadikan di Tanah Perkuburan Gombak. Jnazah beliau disempurnakan oleh suaminya Shuib sendiri. Hebat sungguh keperibadian arwh kerana setelah pemergian arwh satu demi satu kebaikan arwh telah dikongsikan oleh rakan- rakan artis dan orang – orang yang mengenali dirinya.

Lebih indah apabila pemergian arwh juga telah menjentik hati beberapa artis wanita untuk berhijab seperti Siti Elizad, Fieya Julia, Betty Rahmad dan juga pelawak Vicha. Ternyata kisah kebaikan arwh telah memberikan pengaaruh yang begitu besar dalam masyarakat.

Menerusi instagram Shuib, terkini beliau telah memuatnaik sekeping gambar yang berbentuk tulisan yang menyatakan hasrat dan permintaan beliau kepada orang ramai.  Setelah hampir seminggu pemergian arwh Siti Sarah, Shuib memohon orang ramai agar tidak lagi mengeluarkan video atau gambar arwh isterinya itu yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Buat orang ramai yang tidak sengaja telah memuatnaik gambar dan video arwh isterinya itu, beliau memohon supaya orang ramai dapat memadam dan mengeluarkan semula video dan gambar berkenaan daripada media sosial mereka masing- masing.

Di kesempatan itu juga, Shuib meminta supaya orang ramai tidak lagi menceritakan kebaikan arwh isterinya itu secara berlebih- lebihan dan memohon agar orang ramai bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan.

Rata-rata netizen bersetuju dengan permohonan Shuib itu dan mendoakan supaya permintaan Shuib itu di hormati. Netizen juga berpendapat para pengamal media juga harus menghormati permintaan Shuib.

Rakan artis dan para pengikut akaun Instagram Shuib sehingga kini tidak putus memberikan kata – kata semangat buat Shuib supaya tabah dan sabar dengan dugaan yang di lalui oleh beliau itu. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

Bukan mudah untuk menjadi seorang bapa tunggal kepada 4 orang anak dan melalui pengalaman seperti Shuib. Sebelum ini Shuib bergelut untuk memaklumkan anak- anak beliau mengenai pemergian arwh ibu mereka namun syukur kehadrat ilahi urusan beliau dipermudahkan apabila anak- anak beliau dapat menerima dengan baik mengenai berita pemergian ibu mereka itu.

Setelah selesai urusan pengebumian arwh isterinya isnin lalu, pada sebelah petangnya Shuib juga sempat membuat siaran langsung menerusi Instagram beliau menitipkan pesanan kepada orang ramai mengenai bahaaya pndemik cvd yang telah meragut nyaawa isterinya.

Sepanjang siaran langsung hampir 1 jam itu, Shuib juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan arwh isterinya serta membuat bacaan Yasin untuk kesembuhan isterinya itu sebelum ini.

Mudah-mudahan orang ramai mengambil iktibar di atas pengalaman yang berlaku kepada Shuib ini. Semoga urusan Shuib di permudahkan dan orang ramai juga dapat menghormati permintaan Shuib itu.

Sumber : ig shuib sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*