“Mne suami saya Dato Alha Alfa tu, jgn merajuk sayang”

Bukan mudah untuk bercakap soal hati dan perasan. Kadang ia datang dan pergi tanpa dipaksa. Ianya terlalu subjektif untuk diperkatakan. Lazimnya ramai tatkala suka dengan seseorang, tetapi hanya mampu sekadar suka dan melihat crush kita itu dari kejauhan. Jujurlah, ada masanya bila kita sukakan seseorang ada sampai bertindak untuk memilikinya. Namun lain pula cerita usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa. Seorang wanita yang barangkali 0bses dengannya bertindak di luar kebiasaan.

Sejak semalam lagi, Alha berkongsikan hantaran di IG nya tentang seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai isteri pertamanya datang dari Perak ke Putrajaya dengan keretapi semata-mata untuk bertemu dengannya.

Wanita berkenaan yang dikatakan tahu maklumat peribadi dan beberapa perkara tentang beliau seolah mengenalinya terlalu, menimbulkan rasa musykil dirinya. Alha memberitahu, begitupun beliau pula langsung tidak mengenalinya dan tak tahu mengenai wanita itu.

Justeru selain semalam, hari ini dalam posting baharunya Alha sempat berpesan kepada pengikut dan netizen agar prihatin dengan ahli keluarga yang menghidap masalah atau ‘peny4kit’ berb4haaya. Kata Alha jauh di sudut hatinya, beliau sedih dan sayu dengan keadaan wanita itu.

Jika mengimbas perkongsiannya semalam, Alha memberitahu bahawa wanita itu bercerita akan kononnya dirinya yang mendukung dan memeluk wanita itu ke bilik. Risau dengan pandangan pelanggan yang datang ke outlet nya semalam, Alha berharap mereka tak termakan dengan dakwaan wanita itu.

Kata Alha, beliau risau timbul salah faham, apatah lagi wanita terbabit berperwatakan normal. Tambah pula wanita itu sanggup duduk berjam-jam di outlet nya dan tak mahu keluar selagi Alha tidak datang serta meminta menghantarkan ke rumah ‘kami’ seolah mereka tinggal serumah.

Enggan membuka aib individu tersebut, benarlah katanya, kalau wanita sepertinya itu bertemu pula dengan orang yang salah, kan boleh mengundang b4haya pada dirinya. Selain netizen, ada juga rakan artis yang menyatakan rasa takut dengan situasi itu, antaranya pelakon, Nad Zainal.

“Ok bye… I yg nevessss”, “Apapun moga akak tu cpt sihat. Dia tak sihat sebenarnya tu”, “Allahuakbar, mungkin ada depression ditambah pula dgn terlalu obses sampai jadi beyond control ni”, “Dalam s4kit tu dan lagi dia pilih yang helok2 je kan..”, itu antara komen netizen.

Dalam pada itu tak kurang yang bersetuju dengan Alha agar ahli keluarga yang menghidap masalah seumpamanya agar segera diberikan perhatian dan mendapatkan rawatan sepatutnya. Yalah, jika obses sekalipun, takkan sampai sebegitu sekali kan….

Selain usahawan kosmetik, Alha sebelum ini banyak menjadi mekap artis ternama tanah air. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang model bernama Nor Azlin Ismail pada 28 September 2019. Begitupun selepas hampir enam bulan berkahwin, mereka memilih untuk berpisah.

Sumber : IG Datuk Alha Alfa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.”Aku ta

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!