“Mesti anak diorang pandai nyanyi”- Netizen

Nampaknya ramai peminat semakin teruja untuk melihat cahaya mata buat pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel selepas mereka umum bakal timang puteri sulung tidak lama lagi. Ernie yang bakal bersalin dalam masa yang terdekat ni juga masih kelihatan aktif ke sana sini. Seronoknya tengok Ernie dan Syamel yang bakal bergelar ibu dan ayah kelak. Tahniah buat mereka.

Baru-baru ini, Ernie dan Syamel telah menjadi tetamu jemputan bagi program Melet0p. Ernie dan Syamel sempat menerima soalan mengenai nama bakal puteri sulung mereka ketika temubual bersama pengacara Melet0p iaitu Uyaina Arshad dan Nabil Ahmad.

Sesi temubual yang berlangsung semalam cukup happening dan terjawabsegala teka teki netizen perihal jantina serta nama anak sulung Ernie dan Syamel.

Sementara itu, Ernie yang kelihatan sarat mengandung masih aktif bernyanyi sehingga membuatkan ramai netizen kagum dengannya baru-baru ini

Vokal Ernie begitu mantap sehingga membuat penonton terkesima dengannya ketika mempersembahkan lagu Boneka pada Semi Final AJL36. Memang power Ernie tau..

Selain itu, Ernie turut berkongsi foto serta video dirinya bersama Dato Siti Nurhaliza dan beliau sempat meminta nasihat Dato Siti Nurhaliza sebelum melahirkan puteri sulung tidak lama lagi.

“Sweet couple lah diorang ni, suka tgk dorang berdua ni, humble” – Netizen

Tak lama lagi Ernie dah nak jadi ibu, mesti comel baby girl Ernie dengan Syamel nanti..

Sumber: Instagram Melet0p

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!