“Mertua yang baik juga salah satu rezeki” – Netizen

Baru-baru ini, pelakon Elisya Sandha yang juga isteri kepada anak pengarah Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy telahpun selamat bersalin. Pasangan itu di kurniakan seorang bayi perempuan. Elisya yang juga merupakan menantu kepada Sheila Rusly itu telah mendirikan rumahtangga bersama Uzair Haqimy pada 21 Ogos tahun lalu. Elisya juga merupakan adik kepada pelakon tersohor Fasha Sandha.

Shiela Rusly dan suaminya Jinggo atau lebih mesra di sapa sebagai Tok Sidang mengucapkan syukur dan sangat teruja menimang cucu sulung mereka itu. Shiela juga gembira menerima ahli baharu dalam keluarganya itu.

Shiela juga menawarkan diri untuk menjaga dan menguruskan Elisya bersama besannya Mama Sandha untuk menjalani proses berpantang. Berkongsi keterujaan Shiela sebelum ini, Shiela berkata beliau merupakan orang pertama yang membelikan barang dan kelengkapan buat cucu perempuannya.

Sementara itu, Elisya atau nama penuh pelakon itu iaitu Nur Elisya Sandha Hassan memberitahu peminat bahawa dia dan suaminya Uzair Haqimy sudah mempunyai nama buat puteri mereka yang dipilih oleh Sheila.

Berkongsi mengenai pemilihan nama buat anak menurut Elisya, Sheila mulanya bermimpi mengenai kelahiran cucu perempuannya itu dan lantas terus memberikan nama berkenaan.

Shiela bagaimanapun minta izin terlebih dahulu hendak beri nama berkenaan untuk cucu pertamanya itu. Elisya berkata beliau dan suami bersetuju memandangkan nama itu sesuai. Pasangan itu mendedahkan nama yang di pilih untuk puteri sulung mereka itu ialah Bunga Elhaq.

Menerusi perkongsian terkini pelakon tersebut di Instagram, Elisya berkongsi beberapa keping gambar makanan berpantang yang di masak oleh Shiela buat beliau.

Elisya yang terharu dengan layanan ibu mertuanya itu memuatnaik gambar berkenaan sambil mengungkapkan rasa bersyukur kerana di kurniakan seorang ibu mertua yang penyayang dan cukup baik terhadap dirinya.

Elisya juga turut mengucapkan terima kasih kepada Sheila kerana telah memasakkan makanan berpantang yang sangat sedap serta menjaga beliau menjalani proses berpantang dengan baik.

Elisya juga turut mendedikasikan ucapan berterima kasih tersebut buat ibunya yang tidak lupa datang melawat keadaan beliau dan juga cucu Bunga ElHaq.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen memuji sikap Shiela Rusly yang melayani menantu perempuannya dengan sangat baik.

Rakan- rakan artis dan juga para peminat juga berkata bahawa Elisya sangat bertuah dan beruntung kerana di kurniakan rezeki menerima layanan yang sangat baik daripada seorang ibu mertua. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

“Melahirkan zuriat anak kita, cucu kita bukan satu benda yang mudah. Layanan sebegini yang patut dicontohi. Sbg anak menantu bila dh dpt mertua baik jadi la yang baik juga. In sha Allah” – Netizen

“Kami2 yg tgk pun tumpang rasa excited tgk lauk2 sedap time pantang Alhamdulillah rezekii” – Netizen

“Rezeki seronok dapat mertua yg baik sama dengan kita..Alhamdullillah benda paling nikmat skali “ – Netizen

“Dapat mertua yang baik adalah rezeki yang kita kena jaga hati dan perasaan dia dan sentiasa hargai kekurangan dan kelebihan dia beruntung awak” – Netizen

Bertuah Elisya di kurniakan seorang ibu mertua yang sangat baik seperti Shiela Rusly. Rezeki setiap orang berbeza. Tidak semua orang dapat rezeki seorang ibu mertua yang baik. Yang penting hati ibu mertua perlu di jaga seperti hati ibu sendiri.

Sumber: Instagram elisya sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!