“Mereka rindu ibu terutamanya Uwais, nampak sangat”- Netizen

Kehilangan seorang isteri dan juga seorang ibu cukup memberi kesan yang amat mendalam buat pelawak terkenal, Shuib serta keluarganya. Pemergiaan allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sudah tentu mngalkan perasaan sedih dan kerinduan yang cukup mendalam buat anak-anaknya juga. Meskipun anak-anak Shuib masih kecil,mereka kelihatan cukup tabah dan sabar dengan kehilangan ibu tercinta mereka.

Walaupun arwh Siti Sarah telah pergi buat selama-lamanya, laman Instagramnya masih memuatnaik beberapa posting gambar dan video atas permintaan peminat-peminatnya.

Baru-baru ini, laman instagram arwh Siti Sarah telah memuatnaik sebuah video menunjukkan anak-anaknya. Video tersebut menunjukkan Shuib sedang memujuk anak-anaknya selepas Talitha dan Uwais bergduh.

Gelagat anak-anak Shuib itu menjadi tumpuan netizen selepas video itu dikongsi. Malah ada sebahagian netizen tersentuh hati tatkala melihat Uwais menangis seolah-olah menangis kerana sebenarnya merindukan ibunya. Uwais yang merupakan anak sulung cukup rapat dengan arwh Siti Sarah.

Dalam pada itu, Video yang dimuatnaik itu telah ditonton 640,000 tontonan dan ruangan komen juga dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

“Aku tengok video ni menangis teringatkan diorang dah takde ibu, allahu”-Netizen

Semoga ikatan kekeluargaan Shuib dan anak-anak sentiasa kekal ya, adik beradik ni biasalah selalu gduh sebab sayang. Tapi part Uwais nangis tu, nampak dia betul-betul rindukan ibunya. Al-fatihah buat Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Sumber: Instagram Sitisarahraissuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang COPY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!