“Menjadi seorang ibu itu, lebih banyak men4ngis dari ketawa” – Nourul Depp

Menjadi seorang ibu pasti bukanlah suatu perkara yang mudah. Dari detik mengandungkan anak selama sembilan bulan, melahirkan anak sehinggalah membesarkan mereka dengan baik dan cukup dari segala keperluan. Pengorbanan dan titik peluh seorang ibu memang tidak dapat digantikan dengan wang ringgit. Kelak jika ibu sudah tua pula, anak-anaklah seharusnya bergilir menjaga ibu dengan penuh kasih-sayang.

Pasti ramai yang masih ingat dengan penyanyi terkenal bernama Nurul Wahab ini. Namanya dulu sering menjadi siulan dalam industri tempatan dan terkenal dengan lagu duetnya bersama Ajai yang merupakan bekas suaminya dahulu.

Namun, kini dia tidak lagi dilihat aktif dalam bidang nyanyian mahupun apa-apa dalam industri hiburan. Hidupnya kini lebih fokus menjadi seorang ibu dan suri rumah setelah berkahwin dengan warganegara Paris iaitu Eric Daniel.

Hasil perkahwinan keduanya, dia telah memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Zachary, Raphael dan Isabella. Puteri sulung pertamanya bersama Ajai yang bernama Ayu Nazirah pula kini sedang hangat menjalinkan hubungan bersama anak lelaki dari pelakon cantik Maria Farida.

Namun Nurul telah memuatnaik satu videonya dengan kenyataan yang panjang mengenai beratnya menjadi seorang ibu buat dirinya. Videonya yang menangis itu telah membuat ramai yang prihatin dengan keadaannya.

Tidak pasti mengenai sebab utama mengapa dirinya bersedih dalam video itu, namun ucapannya yang panjang mengenai kelelahannya sebagai seorang ibu itu telah membuat ramai mereka yang bergelar ibu di luar sana turut sama merasakan kesedihannya.

Bukan sahaja peminat dan netizen yang prihatin dan memberikan kata-kata semangat buat dirinya, rakan-rakan artis seperti Elly Mazlein, Fara Fauzana, Zarina Zainuddin dan ramai lagi juga meningg4lkan komen positif pada video tersebut.

Ada masa memang penat ibu-ibu ni. Lebih-lebih lagi buat ibu yang masih menjaga anak yang masih kecil. Memang sedih lihat Nurul menangis sampai macam tu sekali. Semoga baik-baik sahaja untuk Nurul dan keluarga.

Sumber: Instagram Nurul Wahab

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!