“Mengandung jelah Lizzy sian suami awak”- Netizen

Tatkala berkumandangnya lagu Kn0ck Kn0k, pasti kita sudah membayangkan penyanyi popular Elizabeth Tan. Meskipun penyanyi ini berbangsa cina, Elizabeth atau dikenali dengan nama Lizzy fasih berbicara dalam Bahasa Melayu membuatkan ramai peminat kagum dengannya. Apa sahaja lagu terbaru yang dinyanyikan oleh Lizzy pasti akan menjadi trending dalam carta lagu Hit Malaysia.

Lizzy secara umumnya telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya. Selepas Lizzy berkahwin, gandingan Lizzy bersama suami menerusi posting video di Instagram menjadi perhatian ramai peminat.

Baru-baru ini, Lizzy memuatnaik satu video dirinya bersama suami sedang bersantai hujung minggu di rumah. Video tersebut menunjukkan Lizzy memegang kucing sambil duduk bersebelahan suaminya.

Kapsyen pada video tersebut membuatkan peminat terus berteka teki dengan status kehamilan Lizzy apabila Lizzy sengaja memberi ‘hint’ pada kapsyen yang ditulis.

Salah seorang kenalan Lizzy sempat bertanya jika ada sebarang khabar gembira daripada Lizzy. Namun Lizzy memberitahu dirinya masih belum berbadan dua lagi.

Posting Video yang dikongsi Lizzy telah ditonton sehingga 300,000 tontonan. Peminatnya telah memenuhi ruangan komen dengan menitip doa yang baik buat Lizzy dan suami.

Semoga ada berita yang gembira dari Lizzy ya. Tak sabar nak tengok junior Lizzy dan suami.

Sumber: Instagram Elizabethtan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!