“Melting Siak Tengok Dia” – Peminat Teruja Tonton Lakonan Ben Amir Dlm Sweet Dreams

Drama bersiri Sweet Dreams telah mula ditayangkan di slot Megadrama semenjak semalam. Menampilkan gandingan pertama Ben Amir dan Mira Filzah di kaca televisyen, drama bersiri ini diarahkan oleh Michael Ang. Drama bersiri ini diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana. Menerusi pemerhatian Gempak di laman sosial, rata-rata peminat teruja menonton drama bersiri ini dan menyifatkan jalan cerita yang ditampilkan sangat menarik.

Dalam pada itu, peminat juga memuji kekacakan Ben selaku hero dalam drama bersiri ini.

Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Sementara itu, nama pelakon, Ben Amir kini mula dikenali selepas lima tahun bekerja keras untuk mendapat tempat dalam bidang lakonan.

Popular menerusi drama Menantu Ting Tong, Ben mengakui tidak pernah cemburu dengan populariti dikecapi rakan seperjuangannya yang lain, malah akan terus memberikan yang terbaik bersandarkan bakat lakonan dimiliki.

“Saya bermula sebagai pelakon tambahan. Hasil kerja keras, barulah diberi kepercayaan watak pembantu dan akhirnya diberi watak utama dalam drama.” katanya.

Dalam pada itu, Ben merancang untuk menapak dalam industri lakonan bagi tempoh masa yang lama dan tidak mahu nama yang dikecapinya hanya untuk sementara saja.

“Saya mahu nama terus bertahan dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang. Selagi ada tawaran dan rezeki tidak putus dalam bidang lakonan, ia sudah cukup bermakna untuk perkembangan karier seni,” katanya lagi.

Ben juga tidak meletakkan populariti sebagai perkara utama dalam hidup kerana baginya yang penting adalah bakat lakonan seseorang dalam industri seni.

“Populariti jatuh nombor dua. Apa yang penting, saya mahu membina profil dalam industri seni bersandarkan bakat lakonan, bukan popular dan dikenali dengan gosip atau kontroversi semata-mata,” ujarnya.

Bercerita tentang perkembangan terbaru, Ben kini dalam perancangan untuk beraksi dalam projek filem genre aksi dan dia sudah membuat persiapan dengan mendalami seni mempertahankan diri.

“Saya mahu menjadi pelakon yang hebat dan ‘versatile’ seperti idola, Bront Palarae. Sebagai persediaan ke layar perak, saya juga mendalami seni mempertahankan diri muay thai sejak setahun lalu.” tambahnya lagi.

Ketika diajukan soalan mengenai gosip cinta dengan aktres Uqasha Senrose, pelakon Ben Amir menjelaskan mereka tiada sebarang hubungan cinta dan hanya sekadar teman biasa.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 28, berkata tidak pernah wujud sebarang ikatan cinta antara mereka dan menganggap apa yang diperkatakan oleh netizen itu hanya sekadar gosip semata-mata.

“Saya dengan Uqasha masih berkawan, sebelum ni pun kami tak pernah mengaku bercinta, hanya sekadar kawan-kawan sahaja.

“Mungkin orang salah faham, hakikatnya hubungan rapat kami sebagai kawan dan biasalah gosip-gosip ini.

“Sekarang ini masa untuk saya fokus dengan kerjaya lakonan terlebih dahulu. Soal cinta dan hati letak tepi dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Ben Amir ditemui semasa penggambaran dan sidang media drama komedi Spanar Jaya X di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, pada Isnin.

Sitkom terbitan Enfiniti Production ini bakal ditayangkan di TV3 setiap Sabtu bermula 2 Februari tahun depan.

Selain Ben Amir, drama ini turut dibintangi oleh Opie Zami, Uqasha, Dougles Lim, Sangeeta, dan Teh Yang

Ditanya mengenai waktu dia bakal menamatkan zaman bujang, Ben meletakkan sasaran usia 32 tahun ke atas.

Dia turut memberitahu tidak meletakkan sebarang kriteria atau ciri-ciri khusus untuk bakal kekaasihnya itu.

“Saya hanya harapkan bakal teman wanita atau isteri itu nanti memahami kerjaya seni saya dan tak terlalu bergantung… maknanya boleh berdikari.

“Wanita itu lebih muda atau berusia pun saya tak kisah asalkan ada keserasian dan pandai mengambil hati.

“Kalau tanya sasaran waktu untuk tamatkan zaman bujang, saya letak umur 32 tahun. Waktu itu mungkin karier saya lebih baik dan baru boleh fikir tentang perkahwinan,” katanya.

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*