“Melet0p is cancelled. Rancangan level meletop mmg taraf penyanyi mcm budak girl ni ke” – Netizen

Media sosial kini menjadi salah satu platform yang paling meluas digunakan oleh orang ramai untuk menyebarkan isu semasa mahupun apa saja maklumat. Disebabkan pengaaruh yang begitu meluas ramai anak muda yang mengambil kesempatan untuk mengetengahkan bakat mereka dalam pelbagai bidang. Buat pemilik nama Surul-an Binti Khairul Azhar atau lebih dikenali sebagai Suekhaizhar yang merupakan seorang personaliti media social Tiktok kini telah tampil dengan lagu baru yang berjudul “Aku Budak Girl”.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu walaupun baru sahaja dilancarkan, lagu berkenaan telah mendapat hampir 3 juta tontonan dalam masa hanya dua minggu dan kini masih lagi trending di saluran youtube.

Disebabkan lagu Aku Budak Girl kini sedang trending dan populariti lagu itu juga kian meningkat naik saban minggu, rancangan Meletop telah menjemput Sue sebagai penyanyi lagu tersebut untuk muncul di dalam rancangan berkenaan.

Satu muatnaik di instagram rasmi Meletop mengenai kemunculan penyanyi berkenaan telah dihebahkan menerusi instagram mereka.

Bagaimanapun entri berkenaan mendapat perhatian netizen yang mengkritik rancangan Meletop kerana menjemput penyanyi tersebut sebagai tetamu undangan mereka.

Sue telah ditemu bual oleh Nabil selaku pengacara rancangan berkenaan melalui online untuk berkongsi kisah disebalik beliau bergelar penyanyi dan Sue juga telah menyanyikan lagu Aku Budak Girl secara live di akhir rancangan berkenaan sebagai penutup.

Kemunculan penyanyi tersebut juga mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada netizen. Netizen mempertikaikan kualiti vokal yang dimiliki oleh Sue dan meminta penyanyi baru itu mempertingkatkan kualiti vocal dengan mengambil kelas vocal.

Memetik komen yang ditinggalkan oleh netizen, orang ramai tidak kjam untuk mengec4m gadis tersebut namun mahu beliau sedar diri. Berikut dikongsikan lagi beberapa komen lain yang ditinggalkan oleh netizen terhadap gadis tersebut.

Ada yang berpendapat lagu Aku Budak Girl sebenarnya agak catchy namun Sue perlu lah mempertingkatkan kualiti vocal beliau kerana netizen tidak mahu industry hiburan dipenuhi para penyanyi yang hanya bersandarkan kepada wajah yang cantik sahaja semata-mata.

Sue pun baru sahaja berumur 17 tahun. Masih panjang lagi perjalanan beliau dalam industri hiburan. Semoga Sue dapat mengambil semua kritikan yang dilemparkan kepada beliau sebagai pembakar semangat untuk beliau terus maju jaya.

Sumber : ig meletop

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!