Mejar Ini Dedahkan Perangai Sebenar Askar Dan Bangsa Asal Maori Bila Jalani Latihan Di Negara Kiwi. Tak Sangka Orang NZ Macam Ini

Siapa itu orang NZ (mereka juga gelar diri mereka orang ‘kiwi’). Pengalaman saya= Januari 1996, saya terpilih dari Maktab Tentera Diraja (MTD) dan dihantar ke Officer Cadets School of New Zealand (OCS NZ), di Kem Waiouru, untuk jalani latihan sebagai pegawai kadet selama 18 bulan disana. Saya seorang diri mewakili Malaysia, dan dilatih disana sehingga ditauliahkan sebagai seorang pegawai tentera oleh Gabenor New Zealand yg mewakili Queen Elizabeth of England.

NZ ini negara yg amat cantik. Negaranya besar, tapi rakyatnya hanya sedikit. Rakyatnya semua macam-macam bangsa pendatang seperti british, irish, scotish dan banyak yg bangsa campuran. Mereka ini bersifat amat terbuka dan amat hormat sesama manusia. Penduduk asal NZ ialah bangsa Maori. Orang Maori ini muka garang badan besar, tapi sebenarnya mereka amat lembut dan baik hati! Bahasanya, adatnya, sikapnya memang amat sama dengan orang melayu kuno.

Negara NZ ini amat selamat. Bayangkan, kalau kemaa langan kereta yg biasa pun akan masuk berita utama berhari-hari. Nak jumpa kisah 1 orang mat1 dibvnuh? Amat susah. Kalau ada, akan jadi tajuk utama berminggu dalam tv. Punyalah selamat sehinggakan kalau perempuan seorang diri jadi ‘back packer’ jelajah New Zealand, insyaAllah, tak perlu risau apapun.

Saya disini hanya akan cerita 4 perkara yg berlaku pada saya untuk tunjuk betapa aman dan baiknya orang NZ ini selama saya 18 bulan disana=

1. Dalam kem Waiouru, ada program acara ke gereja. Semua kadet kena hadir. Saya dan kadet dari Brunei, dibenarkan untuk duduk di luar gereja. Tetapi saya pilih untuk masuk juga ke dalam gereja dan nak lihat setiap acara agama Kristian didalamnya.

Selepas acara dalam gereja, semua orang akan keluar ke taman bunga di tepi gereja. Kemudian saya dan kadet Brunei akan dipanggil ke depan untuk bagi tazkirah tentang agama Islam, kami akan azan, dan baca surah2 dari Quran dengan kuat dan jelaskan maksudnya sekali. Mereka semua yg beragama Kristian termasuk paderi mereka akan mendengar, dan mereka semua tunduk kepala ketika saya berdoa sebagai tanda hormat pada agama Islam.

2. Saya pernah buat latihan gali kubu pertahanan didalam bulan puasa. Saya puasa diam-diam saja. Setiap kadet kena gali lubang pertahanan yg besar setiap seorang. Dengan cuaca yg amat sejuk, dan kelaparan, saya buat juga kerana tak mahu menyusahkan orang lain. Tetapi kawan-kawan NZ saya dapat tahu yg saya berpuasa, mereka tinggalkan kubu yg mereka sedang buat, mereka datang beramai-ramai bantu saya siapkan kubu saya. Mereka paksa saya duduk berehat sebab saya puasa.

3. Ada satu masa cuti umum, kawan saya (dia seorang perempuan, pegawai kadet NZ), bawa saya balik bercuti ke ‘kampung’nya. Saya disambut oleh keluarga dia dan jiran2nya dengan mesra. Mereka sediakan makanan halal dan keluarkan anjing mereka dari rumah selama saya bercuti disitu. Bilik saya nak tidur pun mereka bersihkan dan samak (Mereka belajar cara samak dari orang islam yg lain). Mereka baik dengan saya kerana mereka sedar mereka juga asalnya perantau di tempat orang.

4. Ada 1 cuti yg saya berkesempatan pergi ke Wellington dan duduk di kedutaan kita. Malam itu saya pergi berjalan seorang diri di bandar. Tiba-tiba saya dikepung oleh 6 orang ‘mat saleh’ yg badan besar dan lebih tinggi dari saya. Mereka maki-maki saya sebab saya orang Asia. Dari loghat mereka, saya tahu mereka ini bukan orang NZ, tetapi orang Australia…

Tiba-tiba mereka pegang dan puu kul saya. Saya melawan dan buka silat juga untuk pertahan diri.. waktu saya sedang lawan 6 orang mat saleh rasis itu, datang 3 orang Maori dan 2 mat saleh NZ. Mereka tangkap orang-orang yg puu kul saya itu, dan mereka belasah 6 orang rasis itu disitu juga! Yg saya tetap ingat sampai sekarang, orang Maori itu pee luk bahu saya dan kata, “Dont worry. You are our brother”

Begitulah 4 kisah saya beri disini menunjukkan sikap orang NZ yg sebenar. Banyak lagi kejadian dan pengalaman baik yg berlaku pada saya dengan rakyat NZ ini. Saya amat sedih lihat kejadian baru-baru ini. Kerana saya tahu ‘siapa orang NZ yg sebenar’.. Dan ternyata yg pengganas dalam kejadian itu, bukan rakyat NZ.

Kali terakhir saya ke NZ ialah tahun 2016, iaitu hampir 20 tahun selepas saya tinggalkan NZ. Saya menemani seorang jeneral kita kesana selama seminggu. Ternyata, NZ masih tak berubah, masih indah dan rakyatnya tetap baik seperti dulu.

Sumber: fb Mejar mohd fitri via memorikini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*