Mazuin Hamzah tetap jelita di usia 54 Tahun

Telah lama mnggalkan persada seni tanah air tetapi sebutir bintang yang bernama Mazuin Hamzah ini tetap meniti di bibir peminatnya. Kejelitaan penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M ini di zaman kegemilangannya menjadi bualan ramai. Kini Mazuin sukar untuk dijejaki bagi mendapatkan reaksinya. Yang ada hanyalah catatan-catatan silam yang penuh dengan coretan manis Mazuin khususnya sebelum dia menduduki takhta di istana.

Mazuin tidak pernah meminta kehidupannya ditakdir sedemikian rupa tetapi hakikatnya musim-musim indah yang pernah dilewatinya sudah berakhir. Barangkali catatan hidup Mazuin ada signifikannya dengan lagu Penjara Cinta nyanyiannya sebelum bergelar orang istana.

Kisah Mazuin Hamzah satu ketika dahulu merupakan antara penyanyi yang popular di Malaysia. Kejelitaannya semasa muda memang memukau dan menjadi bualan ramai. Mazuin akhirnya telah berkahwin pada usia 23 tahun dengan kerabat diraja Brunei adinda Sltan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah. Kini menetap di Brunei, Mazuin Hamzah telah pun berusia 54 tahun namun tetap jelita seperti zaman kegemilangannya dahulu.

Ketika ditanya bagaimana hubungan baik mereka berkekalan sehingga kini, jawab Salwa, “Kami masih berhubung. Kami berdua selalu jumpa bila saya ada undangan persembahan Diraja Brunei. Mazuin ada bersama anak-anaknya,” tutur Salwa yang kini berusia 53 tahun serta sering mendapat undangan nyanyian oleh keluarga Diraja Brunei.

Persahabatan di antara Mazuin Hamzah yang kini berusia 54 tahun dan penyanyi Salwa Abd Rahman bukan suatu perkara baharu. Sahabat baik ini sudah mula kenal sejak mereka bergiat aktif di pentas Mekar Sejambak, program terbitan RTM yang popular suatu ketika dahulu.

Walaupun jarak memisahkan hubungan persahabatan Mazuin Hamzah dan Salwa namun bukan bermakna kedua-dua penyanyi jelita ini terputus hubungan.

Hubungan baik di antara sahabat sama juga seperti bercinta. Tentu ada ‘spark‘ yang membuatkan best friend forever ini boleh kekal sehingga puluhan tahun. “Mazuin merupakan idola saya.

Saya suka dengan kecantikan dan aura yang ada pada Mazuin. Cara dia berpakaian, pergaulan dan sifatnya yang lemah lembut. Peminat akhirnya menjadi kawan,” jelas Salwa bila ditanya tentang keistimewaan hubungan mereka berdua.

Kalau dah nama sahabat mesti banyak perkara yang diketahui oleh Salwa tentang Mazuin Hamzah. Cuba mengorek petua awet muda Mazuin Hamzah melalui sahabat baiknya, Salwa, “Mazuin ni susah sikit. Dia bukan jenis yang suka bercerita. Dia sangat privacy!

Menurut Salwa, Mazuin bahagia di samping tiga orang cahayamatanya. Beliau memiliki dua puteri dan seorang putera. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Khaaliq.

Tapi saya tahu dia selalu exercise. Ada hari dia makan pulun habis, dalam seminggu. Ada hari dia swimming, badminton dan aktiviti lasak juga. Nampak je lembut tapi hati cekal. Semua demi anak-anak,” ungkap isteri kepada mantan pemain bola sepak negara, Subadron Abdul Aziz ini.

Mereka telah memperoleh cahaya mata pertama yang bernama “Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah” pada 7 September 1988. Namun, tiada siapa yang pernah menyangka perkahwinan itu berakhir dengan noktah yang cukup pilu. Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki oleh para wartawan bagi mendapatkan reaksinya.

Sumber:monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*