“Mat saleh kat belakang pun senyum2 tengok” – Netizen

Seronok kan dapat keluar negara seperti di Eropah melihat tempat orang… Selain cuacanya yang berbeza, budaya juga tak sama. Hendak pula sekarang zaman media sosial, kalau mengambil gambar atau video di sana untuk membuat konten pasti nampak sangat berbeza. Itu yang dapat dilihat melalui perkongsian dua sekawan cantik lawa, usahawan dan selebriti, Wawa Zainal dan Mawar Rashid ini.

Menjengah ke hantaran Mawar, dia berkongsikan kelibat dirinya dan Wawa yang sedang berjalan bergandingan penuh keceriaan di satu sudut bangunan. Dengan gaya bersahaja, apa dikongsikan agak perhatian netizen.

Masakan tidak, bukan sahaja dek busana berwarna terang di pakai mereka berdua, tetapi juuga latar belakang bangunan di sekeliling dan orang tempatan di sana yang turut sama terakam dalam video dikongsikan Mawar itu.

Ramai netizen yang memuji keduanya terlihat anggun sekali tatkala berjalan di tengah bandar tersebut, ada pula yang memandang sebaliknya. Apa lebih menancap pandangan netizen kelibat orang tempatan di sekeliling mereka itu.

Ada yang mengatakan orang tempatan yang memerhatikan penuh maknae mereka berdua itu. Netizen kan gemar buat spekulasi. Apa pun antara komen-komen dilayangkan mereka memang mencuit hati.

“Minah Saleh baju hitam tu mencebik sehh“, “Suka reaction mat salleh kat belakang tuu. dorg pun terpana dgn kecantikkan kak mawar & kak wawa”, “Mat salleh gelak bukan sebab lawa tapi pelik kenapa la orang Malaysia or Asian ni suka pakai colorful”, “MasyaAllah cnteknyaaaa dua2 hot mom ni”.

Itu antara layangan komen netizen. Apa pun memang nampak terserlah betul mereka berdua di dalam video berlatarbelakangkan orang dan bangunan kebanyakannya tampak hitam putih itu

Mawar sebelum itu berkongsi di kapsyen hantaran dia sebelumnya yang mengatakan akan berangkat ke Landon. Begitu juga dengan Wawa, dia turut berkongsi di medsos dengan tag berada di negara sama.

Pasti ada tujuan bisnes bersama tu. Apa pun memang menarik jika ada kawan bersama yang dapat turut saling menyokong usaha dan kejayaan dalam perniagaan. Moga perkongsian mereka menyuntik inspirasi.

Biarlah warna apapun baju mereka pakai, bagaimana rupapun mereka ketika berjalan di luar negara, janji tetap ‘masyuk’ dan berjaya dalam perniagaan kan… Jarang ada anak Melayu cenggini. Kau hado???

Sumber : IG Mawar Rashid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!