“Masak apa aapi tak bukak”- Netizen

Selebriti PU Riz semakin menjadi perhatian ramai netizen lebih-lebih lagi sejak bergelar suami kepada Neelofa. Malah siapa sangka, pendakwah bebas ini rupa-rupanya seorang yang suka melawak. Beberapa video PU Riz telah menghiburkan netizen dengan gelagatnya. Sebelum ini, video gelagat PU Riz yang berangan menjadi spiderman telah menarik perhatian ramai dan melucukan.

Walaupun PU Riz antara pendakwah bebas di Malaysia, keperibadiannya cukup disenangi ramai netizen. Ada saja posting di Instagram PU Riz yang menjadi viral.

Baru-baru ini, PU Riz memuatnaik satu video di sebalik tabir mempromosikan produk perniagaannya. Video PU Riz menjadi perhatian netizen apabila netizen menyedari PU Riz ‘memasak’ di dapur tanpa membuka api walaupun tujuan asalnya adalah mempromosikan pelitup muka.

Bak kata netizen, itu lah kaum Adam. Masak pun tak buka api di dapur hehe.. Hanya sekadar acah-acah untuk iklan sahaja. Bukan itu sahaja, gelagat PU Riz di dalam video berkenaan membuatkan netizen terhibur melihatnya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen dan sengaja mengusik PU Riz di ruangan komen selepas menonton video berkenaan.

Video yang dikongsi PU Riz itu telah menerima tontonan sebanyak 238,000 tontonan dan 130 komen.

“Patut tak bukak api bukan tugas suami kan kan, risau api tak bukak macam ni sampai esok tak masak2, guna mata hati untuk melihat api tu tau”- Netizen

Sementara itu, ramai netizen masih ternanti-nanti wajah cahaya mata sulung PU Riz dan Neelofa. Namun tiada sebarang foto anak sulung mereka yang dikongsi di laman sosial media.

Neelofa dan PU Riz juga baru menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama pada 27 Mac lalu.

Tak sangka PU Riz ni memang lucu orangnya. Selalu tengok PU Riz macam tegas hehe.. Mula-mula jadi Spider Rizz, lepas tu memasak tanpa api pulak. Haih macam-macam PU Riz ni ye..

Sumber: Instagram hrisbismail

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!