“Masa tersedak tu, dah macam orang dewasa dia”- Netizen

Si kecil comel anak kepada pasangan Durian Kimchi sudah pasti sangat dikenali ramai. Rina merupakan budak yang sangat comel, dengan telatah nya yang bersahaja, dan mampu membuatkan kita semua tergelak dengan karenah dia yang sempoi tu. Si budak Rina tu, tak pernah tak lucu dan menghiburkan hati kita, selalu saja buat kita tergelak dan tersenyum.

Selalu saja dimuat naik video Rina yang sedang makan-makan di akaun Instagram nya. Comel sangat tengok telatah Rina makan makanan terutama nya buah-buahan. Kita yang tengok pun jadi terliur sekali dengan makanan yang dimakan oleh nya tu.

Rina ni kuat makan tau, hulur jelah apa-apa makanan sekali pun, pasti akan dia makan. Tak memilih langsung. Dahla baik sangat budaknya. Ibu bapa mana je tak happy kalau anak mereka baik macam tu kan ? Tak meragam dan buat hal.

Ibu bapa mana je tak happy kalau anak mereka ni jenis senang suruh makan. Bukan apa, kadang-kadang, ada sesetengah budak kecil yang jenis tak suka makan dan susah nak suruh mereka makan. Mereka ni jenis cerewet dan suka makan makanan yang tidak berkhasiat.

Macam jajan dan goodies itu boleh, tapi tidak bolehlah kalau selalu sangat. Kena jaga pemakanan mereka semua ni, ajar anak-anak makan makanan yang berkhasiat. Barulah nanti membesar dengan sihat dan cergas. Betul tak ?

Kali ini, dimuat naik video Rina yang sedang makan di sebuah kafe Starbucks. Wahh, seperti biasa, Rina ni sangat comel dan gebu. Dengan baju Chanel nya lagi, bukan main segak bergaya. Minum air Starbucks tau, kalah kita yang dewasa ni.

Comel sangat tengok telatah Rina yang makan dan suap makanan nya sendiri. Selalu kalau video makan Rina, semuanya disuap sendiri oleh si budak kecil tu tau.Rina ni, sangat pandai dan berdikari, ibu bapa mana je tak happy kalau anak tak meragam macam tu kan ?

Rata-rata netizen semuanya terhibur melihat telatah comel Rina tu. Siapa je tak tersenyum dan tergeli hati tengok telatah anak kecil yang comel macamtu. Cara Rina bat0k dan tersedak tu, dah gaya macam orang dewasa sangat dah, besar sangat dan gayanya.

Justeru, memang tak dapat dinafika bahawa anak kepada pasangan Durian Kimchi ni selalu saja buat kita terhibur dengan segala telatah nya yang menghiburkan tu. Rina pandai sangat ambil hati kita semua dengan buat perkara yang comel dan lucu.

Sumber : Ig Duriankimchiijunior

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!