“Maryam geram je mak dia cakap muka Rina ikut Ryzal” – Ryzal

Perkahwinan campur antara dua individu dari dua negara berlainan antara yang mencuri perhatian ramai. Tidak dinafikan, kita akan lebih mrngetahui kepelbagaian budaya dalam sesebuah masyarakat negara itu. Antara pasangan kahwin campur yang popular pada ketika ini ialah Ryzal dan isterinya yang berasal dari negara Korea, Maryam. Mereka antara pasangan romantik yang mula popular pada tahun ini selepas video mereka tular di laman sosial media.

Sehingga kini, peminat-peminat sentiasa mengikuti perkembangan terbaru mereka memandangkan gelagat Maryam dan Ryzal antara yang menjadi tarikan orang Malaysia.

Meskipun Ryzal berbangsa melayu, ramai kagum dengan Ryzal yang cukup fasih berbahasa korea. Jika lihat Ryzal dan Maryam bersembang antara mereka berdua, memang betul-betul macam drama korea hehe..

Sementara itu, Ryzal dan Maryam baru-baru ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Rina. Kehadiran Rina sememangnya memberi sinar baru buat pasangan romantik ini

Video yang dikongsi menerusi Instagram Ryzal dan Maryam telah mencuit hati ramai netizen. Gelagat Maryam kelihatan cemburu apabila nenek kepada Maryam memberitahu, wajah anaknya lebih menyerupai muka bapanya.

Menerusi video tersebut juga, Maryam dan Ryzal membuat panggilan video bersama nenek Maryam yang berada di Korea utk berkongsi wajah cahaya mata baru mereka.

Video yang dikongsi Instagram Duriamkimchi itu telah menerima 145,000 tontonan dan rata-ratanya teruja melihat Rina.

Perbualan antara Ryzal dan Maryam juga membuatkan ramai pengikut mereka akui, seakan-akan menonton drama serta filem Korea.

Tak sabarnya nak tengok Rina besar,Mesti cantik sama macam ibu dia. Semoga jadi anak yang baik dan solehah ya Rina.

Sumber: Instagram Duriankimchi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!