“Mantap lakonan Dato Seri ni, kalau berlakon filem mesti box office” – Netizen

Asal buka media sosial, mesti ada je cerita DSV yang terpampang menjadi perbualan hangat netizen. DSV menjadi terkenal di kalangan awam apabila beliau mula mempromosikan produk kecantikan Qu Puteh milik beliau. Selepas itu, baru-baru ini, sekali lagi nama DSV sering menjadi perhatian media dan juga netizen disebabkan oleh kisah cinta dengan Iqbal, pembantu peribadinya.

Walaubagaimanapun, kisah cinta mereka berdua ini mempunyai banyak halangan bukan sahaja dari para netizen, tetapi juga dari anak sendiri. Setelah itu, cerita sensasi DSV dan Iqbal disambung lagi dengan ‘episod’ baru setelah DSV datang tanpa diundang ke rumah Iqbal pada jam 3 pagi. Punya kemain kecoh lagi geng netizen ni apabila mendengar cerita ‘panas’ tersebut.

Baru-baru, sekali lagi DSV tampil dengan satu video berdurasi lebih kurang 3 minit yang mana dia menyatakan hasratnya ingin ke Mekah untuk mengerjakan Umrah.

“Saya maafkan. Saya terima apa ujian yang saya tengah hadapi. Saya redha. Saya tak berdndam sama sekali.”

“InsyAllah tak lama lagi jika diizinkan oleh Allah saya akan pergi mengerjakan Umrah”

“Rinduu sangat nak pergi sana. Nak beribadat. Nak doa banyak banyak. Rinduuu bau dekat sana,” luah DSV dalam ruangan caption videonya ini.

Walaubagaimanapun, ramai netizen yang tidak mempercayai niat DSV ini. Netizen malahan menganggap DSV hanya berlakon untuk tujuan melariskan produk Perfume Aura DSV.

Ramai yang bertanggapan video perkongsian yang dimuatnaik melalui akaun Instagram DSV ini hanyalah lakonan semata-mata dan sekiranya DSV berlakon, sudah tentu filem DSV ini masuk dalam box office.

Walaupun ada sesetengah followers DSV yang menyokong niat murni DSV ini, namun yang menjadi perhatian warganet adalah segala kecaman yang diperolehi daripada video tersebut.

Nampaknya, netizen sudah mulai ‘rimas’ dengan gelagat DSV. Video DSV yang baru dikongsikan pada 17 jam yang lalu ini telah berjaya meraih sebanyak 154,590 tontonan serta 201 komen. Ramai nampaknya yang ‘peka’ terhadap perkembangan DSV ni ye, kihkihkih.

DSV juga turut mengongsikan situasi Iqbal yang sedang saakit kerana disiihir. Menerusi rakaman video DSV pada 5 jam yang lepas, beliau menerangkan mengenai situasi Iqbal pada masa kini.

“Iqbal saakit. Tolong doakan Iqbal kembali normal. Tidak disiihir lagi..Kesian dia. Kami bersembang hampir 3 jam. Walaupun Iqbal memang tak tengok ke muka saya sangat”

“Saya memang tak nak rakam apa pun.. Iqbal nak rakam.. Saya nak betul betul privasi. Tapi dia dah up kat Story”

“Saya pun ada rakam moment yang banyak bercanggah dengan apa yang dia tulis. Sebab tu saya kata dia saakit dan perlu dirawat secara ruqyah atau ada mana mana Ustaz yang boleh ubati sihit ini” ujar DSV dalam sebahagian caption panjang lebarnya.

Korang tengah cari drama baru ke tu? Kalau ya, min nak ‘recommend’kan ‘drama’ DSV dan Iqbal ini. Memang tidak dapat disangka-sangka apa yang akan terjadi di kemudian hari. Hehehe..

Apa-apapun, kita doa yang baik-baik saja buat DSV dan Iqbal agar sentiasa berada dia bawah jagaan-Nya.

Sumber: Instagram DSV

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!